Langkau ke kandungan utama

Semporna

Semporna merupakan salah sebuah daerah di Sabah yang terletak di sebelah Pantai Timur Sabah dan ia termasuk dalam Bahagian Tawau. Semporna adalah antara lokasi menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke negeri ini terutama sekali bagi mereka yang berminat untuk lihat pulau-pulau cantik yang bertaraf antarabangsa seperti Pulau Sipadan, Pulau Mabul dan beberapa pulau lain. Pekan Semporna terletak lebih kurang 106 km atau kira-kira 1 jam perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Tawau, Sabah.

SEMPORNA




Kredit gambar : Ldyou2

Semporna adalah salah sebuah daerah di Negeri Sabah yang terletak di sebelah Pantai Timur Sabah dan daerah termasuk dalam Bahagian Tawau serta berada dibawah pentadbiran dan pengurusan oleh pihak Majlis Daerah Semporna. Pada masa kini Pekan Semporna masih masih lagi berstatus Pekan dan belum dapat dinaiktarafkan sebagai sebuah bandar, tetapi daerah ini sememangnya cukup terkenal dikalangan para pelancong dari dalam dan luar negara disebabkan daerah ini memiliki pulau cantik yang bertaraf antarabansga seperti Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Kapalai dan lain-lain lagi. Dikatakan dahulu nama daerah ini adalah Simporna yang bermaksud tempat untuk berehat atau juga tempat yang tenang dan nama ini telah diberikan oleh seorang Gabenor Inggeris iaitu W.M Crocker bersama rakannya iaitu seorang berbangsa Cina yang bernama Toonah ketika mereka mula menemui daerah ini sekitar tahun 1887 dahulu. Bagi penduduk tempatan Sermpona terutamanya dari suku kaum Bajau daerah ini lebih dikenali dengan nama 'Tong Talun' iaitu perkataan dalam bahasa suku kaum berkenaan yang membawa maksud 'Hujung Hutan' kerana pada masa itu Semporna dipenuhi dengan hutan belantara yang tebal. Nama 'Tong Talun' ini kemudiannya ditukar kepada 'Semporna' yang membawa maksud 'Tempat Yang Aman Damai' dan digunakan sehingga ke hari ini.

Semporna mempunyai keluasan kawasan kira-kira 140 km persegi atau 380 batu persegi dengan jumlah bilangan penduduk pada masa kini dianggarkan lebih kurang 170 ribu orang dan majoriti penduduk yang tinggal di daerah ini adalah dari suku kaum Bajau dan terdapat juga beberapa suku kaum lain yang turut tinggal bersama di daerah ini dan kebanyakkan penduduk yang ada di daerah ini adalah beragama Islam dan jumlahnya adalah dianggarkan sebanyak 97% mengikut bancian pada tahun 2022. Daerah Semporna mempunyai 13 mukim dan semua mukim ini ditadbir dan berada di bawah pengurusan Pihak Majlis Daerah Semporna yang berpusat di Pekan Semporna. Daerah ini mempunyai bentuk muka bumi yang rata dan ada sedikit sahaja berbukit, manakala pekannya pula terletak di kawasan berhampiran dengan laut dan dikelilingi oleh pulau-pulau kecil yang banyak iaitu lebih kurang 49 buah pulau kecil, selain itu penduduk di daerah ini juga masih ramai lagi yang tinggal di kawasan perumahan atas air dan ada juga yang mula berpindah di kawasan perumahan yang disediakan kerajaan seperti rumah PPR dan ada sebahagiannya yang mendirikan rumah sendiri dikawasan daratan disekitar daerah ini.


Dari segi kebudayaan pula Semporna sangat terkenal dengan Pesta Regatta Lepa iaitu satu pertandingan perahu kecil yang diadakan dalam bulan April setiap tahun, selain itu makanan tradisional Bajau juga mudah untuk dilihat di sini seperti latok, sagul, kima, putu ubi dan lain-lain lagi, manakala tarian yang popular di sini adalah seperti igal-igal dan daling-daling. Selain itu di daerah Semporna juga masih dapat dilihat penduduk yang masih mengamalkan kehidupan berpindah randah atau disebut 'kaum nomad' dan kaum ini lebih dikenali dengan nama 'Palauh' atau Bajau Laut di Semporna dan mereka tinggal di laut dalam perahu tradisional mereka dan kehidupan mereka lebih banyak dilaut daripada daratan dan oleh kerana mereka ini biasa hidup berpindah randah melintasi perairan beberapa negara menyebabkan ramai diantara mereka ini sukar untuk dapat kewarganegaraan di negara ini dan dianggap sebagai Stateless

Daerah Semporna turut tidak ketinggalan dari arus pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak kerjaan dari dahulu lagi dan sehingga kini terdapat terdapat pelbagai kemudahan awam yang disediakan pihak kerajaan untuk memastikan penduduk di daerah ini tidak ketinggalan dengan pembangunan sekaligus dapat memudahkan mereka menjalankan kehidupan harian mereka dengan lebih lancar lagi. Antara kemudahan yang ada seperti :

Kemudahan :

01. Balai Polis
02. Balai Bomba
03. Pejabat Daerah
04. Jalan Raya
05. Klinik Desa
06. Klinik Kesihatan
07. Hospital Kerajaan
08. Sekolah Menengah
09. Sekolah Rendah
10. Perpustakaan Awam
11. Elektrik
12. Air Bersih
13. Jeti Pelancong
14. Pengangkutan Awam
15. Perkhidmatan Internet

Dengan dikelilingi pulau kecil yang menarik menjadikan Semporna salah satu lokasi pelancongan yang sering dikunjung pelancong dari dalam dan luar negara untuk menikmati keindahan dan keunikan pulau yang ada di sini. Selain daripada pulau yang menjadi tarikan utama pelancongan di daerah ini ada juga beberapa tempat menarik lain yang boleh dikunjungi oleh para pelancong apabila datang berkunjung ke daerah ini, antara tempat menarik di sini ialah :

Tempat menarik :

01. Pulau Sipadan
02. Bukit Tengkorak
03. Pulau Mabul
04. Pulau Pom-Pom
05. Pulau Kapalai
06. Pulau Bohey Dulang
07. Pulau Mataking
08. Pulau Timba-Timba
09. Tanjung Parapat
10. 2Win Hill Park

Ulasan

  1. Macam mana kalau kita nak berjumpa dengan kaum palauh tu yer.. Teringin nak tengok life mereka di atas bot.

    BalasPadam

Catat Ulasan