Langkau ke kandungan utama

Aisyadelia Cottage

Aisyadelia Cottage merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang sesuai untuk dikunjungi oleh orang ramai, seisi keluarga atau boleh juga datang bersama rakan-rakan ketika musim cuti sekolah atau cuti dihujung minggu. Bagi anda yang mahu jalan-jalan dengan suasana yang tenang bolehlah datang ke tempat ini yang terletak di Batu 14,  iaitu lebih kurang 25 km atau kira-kira 45 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Sandakan, Sabah.

AISYADELIA COTTAGE




Aisyadelia Cottage merupakan salah sebuah tempat menarik di Sandakan yang juga merupakan antara tempat rekreasi yang boleh dikunjungi oleh orang ramai tidak kira sama ada anda adalah penduduk tempatan mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah, khususnya ke daerah sandakan. Bagi penduduk di daerah Sandakan memang ramai yang sudah tahu akan ada tempat rekreasi di sini sebab dahulunya tempat ini lebih dikenali dengan nama Taman Jalil Alip, tetapi kini tempat ini telah diambil alih oleh pemilik yang baru yang kemudiannya menukarkan nama tempat ini kenpada Aisyadelia Cottage dan dibangunkan atau dibuat pemhaharuan semula agar tempat ini menjadi lebih menarik untuk dikunjungi oleh orang ramai. Tempat ni memang jauh dari pusat bandar jadi bagi anda yang mahu cari tempat bercuti yang lebih tenang bolehlah cuba untuk memilih tempat ini sebagai lokasi percutian anda seterusnya. Taman rekreasi ini terletak di Batu 14, Jalan Labuk Sandakan iaitu lebih kurang 25 km atau kira-kira 45 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Sandakan dan kalau dari Lapangan Terbang Sandakan pula jaraknya adalah lebih kurang 15 km atau kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk datang berkunjung ke taman ini bila ada kelapangan masa ketika bercuti, bagi yang datang dari jauh ke Sandakan tu jangan lupa untuk singgah ke sini beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan. Di tempat ini anda boleh memilih untuk buat lawatan sehari sahaja ataupun boleh juga memilih untuk bermalam beberapa hari di tempat penginapan yang ada disediakan. Kalau hujung minggu memang biasanya akan ada ramai orang yang datang ke sini jadi sebaiknya anda mengatus masa yang sesuai agar dapat datang lebih awal ke tempat ini supaya mudah untuk mencari tempat untuk meletakkan kereta di bahagian dalam taman rekreasi ini, sebab tempat letak di dalam ni adalah terhad jadi kalau anda lambat mungkin anda terpaksa meletakkan kereta di luar, tapi tidak perlu risau sebab ia berhampiran pintu utama juga yang mana ada pekerja di sini yang akan mengawasi kereta anda.

Tempat ini juga berada tidak jauh dari Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok iaitu cuma lebih kurang 5 km sahaja atau kira-kira 10 minit perjalanan dengan menaiki kenderaan. Oleh itu kalau pelancong dari luar negara yang selalu datang ke Sepilok pun boleh juga datang singgah ke sini biarpun sekejap sahaja. Untuk lebih memudahkan para pengunjung dan membuatkan mereka sentiasa berpuas hari sepanjang berada di tempat ini, maka pihak Aisyadelia Cottage telah menyediakan beberapa kemudahan yang boleh digunakan para pengunjung ketika datang berkunjung dan kemudahan ni ada yang percuma ada juga yang harus disewa. Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah beberapa tempat penginapan untuk mereka yang mahu ke sini bermalam atau bercuti dengan lebih tenang dengan suasana yang aman jauh dari kesibukan bandar sambil melihat keindahan suasana indah di waktu malam. Jika anda cadang ke sini bermalam sebaiknya menghubungi pihak pengurusan tempat ini terlebih dahulu untuk bertanya mengenai kekosongan tempat penginapan tersebut serta bayarannya. Tempat penginapan tidak besar sebab ia jenis cottage sahaja yang boleh memuatkan beberapa orang sahaja dalam satu cottage tersebut, jadi kalau anda ramai mungkin kena sewa lebih dari satu penginapan bergantung kepada jumlah orang dalam kumpulan anda. Kalau anda datang dalam satu kumpulan yang terlalu ramai mungkin boleh pilih untuk menyewa tempat perkhemahan dan biasanya tempat berkhemah tu adalah di dewan terbuka yang ada disediakan di sini, jadi tidak hairanlah tempat ini kadang sering menjadi tempat pilihan guru untuk mengadakan perkhemahan kepada pelajar mereka seperti kem motivasi dan sebagainya. Tetapi yang ini pun anda haruslah juga membuat tempahan lebih awal sebab dewan ni sering disewa untuk diadakan majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan, keramaian dan lain-lain lagi, dan untuk berkhemah di sini anda sebaiknya membawa khemah sendiri atau boleh bertanya pihak pengurusan tempat ini sekiranya mereka ada menyediakan kemudahan khemah untuk disewa, tapi jika mahu lebih jimatkan perbelanjaan maka adalah lebih baik membawa khemah sendiri dari rumah atau berkongsi dengan rakan yang lain jika mereka mempunyai khemah yang bersaiz lebih besar.


Kemudahan lain yang ada disediakan di Aisyadelia ini ialah surau untuk memudahkan para pengunjung muslim menunaikan solat sepanjang mereka berada di sini dan tidak perlu lagi pergi jauh untuk mencari tempat solat, surau ni juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain iaitu seperti penghawa dingin (aircond), tempat wuduk, sejadah, kipas dan beberapa lagi kemudahan lain. Seterusnya di taman ini juga ada sediakan kemudahan tempat letak kereta, kebanyakkan orang ramai datang ke tempat ni adalah dengan menaiki kenderaan sendiri sebab tidak ada kenderaan awam yang masuk ke sini, oleh itu seperti yang dinyatakan di atas tadi tempat letak kereta yang ada di bahagian dalam taman ini adalah terhad, maka sekiranya waktu itu terdapat ramai pengunjung yang datang mungkin anda terpaksa meletakkan kereta di luar berhampiran dengan pintu masuk, tetapi tidak jadi masalah dan tidak perlu risau sebab ianya sentiasa diawasi oleh pekerja taman ini yang berada dipondok pintu masuk. Restoran juga ada di tempat ini bagi anda yang mungkin tidak membawa makanan sendiri, terdapat beberapa menu makanan yang tersedia di restoran ini, jadi anda bolehlah pesan makanan dan minuman untuk menjamu selera setelah penat berjalan bersiar-siar disekitar taman ini dan makanan yang dijual atau dihidangkan di sinia adalah halal. Kemudahan lain yang ada ialah dewan terbuka yang boleh anda sewa untuk mengadakan majlis atau apa juga acara yang berkaitan seperti majlis perkahwinan, majlis makan malam, aktiviti perkhemahan, majlis keramaian rasmi, pertandingan dan lain-lain lagi. Dewan ni memang luas dan jika anda mahu mengadakan majlis di sini boleh terus sewa peralatan yang ada disediakan agar ianya lebih memudahkan anda mengadakan majlis dengan lebih lancar. Kemudahan laluan berjalan kaki berkonkrit juga turut disediakan agar lebih memudahkan pengunjung berjalan bersiar-siar tanpa perlu risau kasut atau selipar mereka jika pada waktu itu hujan atau hujan baru berhenti. Tandas pun ada di sini sekiranya anda ingin menggunakannya tetapi haruslah menjaga kebersihan tandas tersebut dan jangan membuang sampah ke dalam lubang tandas sebab ianya mungkin akan menyebabkan tandas tersebut tersumbat dan menyukarkan anda atau pengunjung lain menggunakannya.

Terdapat juga kemudahan tempat atau kawasan yang dibina khas untuk memudahkan para pengunjung bergambar atau mengambil gambar dengan lebih menarik iaitu seperti jambatan yang dibina di atas kawasan air dengan tanda 'love' berserta tulisan 'Jambatan Ke Hatimu' yang sudah pasti membuatkan gambar anda kelihatannya lebih cantik dan menarik, selain itu terdapat juga beberapa kemudahan lain yang dibina atau disediakan untuk lokasi anda bergambar. Beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan di sini memang telah disediakan juga semua kemudahannya iaitu seperti kemudahan kayak, ATV, paddle boat, basikal, mini train dan beberapa lagi kemudahan lain yang boleh anda sewa jika ingin melakukan aktiviti tersebut. Jaket keselamatan juga ada disediakan untuk anda yang mahu melakukan aktiviti di air seperti berkayak dan jaket ini ada wajib untuk dipakai untuk keselamatan anda. Selain itu tempat duduk juga ada disediakan di beberapa lokasi dalam taman ini yang boleh anda duduk berehat sambil bercerita sebelum meneruskan lawatan di sekitar kawasan taman rekreasi ini. Sebenarnya terdapat banyak lagi kemudahan dan perkhidmatan lain yang telah pun dibina dan disediakan oleh pihak Aisyadelia Cottage ini untuk memudahkan para pengunjung dan memuaskan hati mereka sekaligus dapat menarik minat mereka untuk datang lagi ke sini pada masa hadapan. Untuk lebih ringkasnya di bawah ini adalah antara beberapa kemudahan yang ada di dalam taman rekreasi ini, mungkin ada kemudahan yang tiada dalam senarai di bawah ini, oleh itu anda boleh menghubungi pihak pengurusan tempat ini sekiranya ada yang anda ingin tanya mengenai kemudahan :

Kemudahan :
 
01. Surau
02. Restoran
03. Laluan jalan kaki
04. ATV (disewa)
05. Tempat letak kereta
06. Tandas
07. Dewan terbuka
08. Penginapan
09. Kayak (disewa)
10. Tempat duduk
11. Basikal
12. Mini Train
13. Tempat bergambar
14. Mini Mart
15. Taman haiwan
16. Jaket Keselamatan
17. Gampling
18. Mini Cafe

Terdapat beberapa aktiviti yang boleh para pengunjung lakukan apabila datang berkunjung ke tempat ini iaitu seperti berkayak dan untuk aktiviti berkayak ni anda boleh naik seorang atau pun dua orang terpulang pada kemahuan anda sendiri, tetapi pastikan anda mendapatkan jaket keselamatan yang ada disediakan pihak pengurusan tempat ini sebab ia adalah untuk kebaikan dan keselamatan anda sendiri ketika melakukan aktiviti di air terutamanya bagi mereka yang tidak tahu berenang, ini termasuklah juga sekiranya anda melakukn aktiviti paddle boat. Aktiviti seterusnya yang boleh anda lakukan ialah melawat koleksi barangan antik termasuklah seperti motor, kereta, pondok telefon dan lain-lain lagi, anda boleh mengambil gambar koleksi ini untuk dijadikan kenangan. Selain itu, di sini juga anda boleh melakukan aktiviti perkhemahan terutamanya jika anda datang dalam satu kumpulan yang ramai seperti membuat kem motivasi sekolah dan sebagainya. Anda boleh guna khemah sendiri atau menyewa khemah dari pihak pengurusan tempat ini itupun sekiranya mereka ada menyediakannya tapi kalau tidak ada anda perlulah membawa khemah sendiri. Kalau datang dalam jumlah sedikit sahaja mungkin boleh memilih untuk berkhemah menggunakan gampling yang ada disediakan di taman ini untuk disewa. Aktiviti lain adalah menaiki ATV dan berjalan melalui laluan yang telah disediakan khas untuk adan melakukan aktiviti ini, begitu juga dengan aktiviti berbasikal yang turut sama boleh dilakukan di sini, untuk aktiviti naik ATV dan berbasikal ini dia dikira macam aktiviti luar, jadi anda boleh pilih berapa lama mahu menggunakannya sama ada 30 minit, satu jam atau berapa lama yang anda mampu pandu dan juga bajet yang ada, dan pastikan anda memakai pakaian yang sesuai apabila ingin ikut buat dua aktiviti ini dan juga memakai segala peralatan keselamatan yang diberikan oleh pihak pengurusan di sini untuk keselamatan anda dan jangan lupa untuk patuhi segala peraturan yang diberikan sepanjang melakukan aktiviti tersebut.

Di sini juga anda boleh melihat pelbagai jenis haiwan yang dipelihara dan dijaga seperti beberapa spesis burung, rusa, kerbau, beberapa sepesis ayam, dan lain-lain lagi, jumlah haiwan yang ada dalam taman ini mungkin tidaklah begitu banyak tapi bolehlah untuk anda melihat dengan lebih dekat haiwan yang ada dan juga boleh membaca maklumat mengenai haiwan terseut melalui papan tanda yang disediakan berhampiran haiwan tersebut contohnya seperti Rusa Timor Albino Buffalo. Aktiviti lain yang menarik boleh anda buat di sini adalah dengan bergambar atau mengambil gamar di lokasi tertentu yang telah dibina khas untuk bergambar dan di sini anda boleh bergambar kemudian berkongsi gambar tersebut dengan rakan yang lain agar mereka pun berminat untuk datang ke tempat menarik ini. Di sini juga ada jambatan terapung yang menggunakan drum plastik, jambatan ni anda boleh berjalan di atasnya tapi keadaannya yang bergoyang mungkin akan menyebabkan orang yang tidak biasa merasa susah untuk naik dan berjalan di situ, tapi tidaklah terlalu bergoyang yang penting jalan dengan berhati-hati. Semua aktiviti yang anda buat di taman ini pastikan utamakan keselamatan dan patuhi segala apa juga peratuan yang  telah ditetapkan pihak pengurusan tempat ini untuk kebaikan dan keselamatan anda sekeluarga atau rakan-rakan. Di bawah ini senarai ringkas aktiviti yang boleh anda lakukan bila datang ke sini dan juga beberapa barangan keperluan yang mungkin boleh anda bawa sekiranya
bercadang datang bercuti ke sini sama ada untuk lawatan sehari atau bermalam, dan barang keperluan ni adalah cadangan sahaja, ia terpulang pada keperluan anda sendiri :

Aktiviti :

01. Berkayak
02. Naik ATV
03. Berbasikal
04. Berkayak
05. Naik Paddle Boat
06. Melihat Haiwan
07. Jalan di Jambatan
08. Bergambar
09. Berkhemah
10. Bersiar-siar
11. Naik Mini Train
12. Adakan Majlis

Perlu di bawa :
 
01. Kamera
02. Payung
03. Cermin Mata Gelap
04. Pakaian Sesuai
05. Topi
06. Video Kamera
07. Powerbank
08. Telekung (jika perlu)
09. Ubat Peribadi
10. Duit Poket
11. Kasut (jika perlu)
12. Khemah
13. Lampu Suluh

Tidak boleh bawa makanan sendiri dari luar dan makan di dalam taman ini sebab di sini sudah ada disediakan tempat makan atau restoran.
 
Untuk ke sini pengunjung atau pelancong sebaiknya menaiki kenderaan sendiri atau pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan teksi (tambang mahal sikit) atau boleh juga menggunakan perkhidmatan e-hailing yang lain. Sekiranya ingin lebih mudah pengunjung bolehlah menyewa kereta untuk dipandu sendiri (pastikan anda ada lesen) untuk lebih memudahkan perjalanan anda pergi dan balik dari taman ini.

Waktu operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 10 malam

Bayaran masuk :
Hujung minggu : RM17.00 (dewasa)
Hujung minggu : RM15.00 (kanak-kanak)
Hari biasa : RM15.00 (dewasa)
Hari biasa : RM10.00 (kanak-kanak)

Bayaran aktiviti :
ATV : RM150.00 1jam
ATV : RM80.00 30 minit
Kayak : RM30.00 1jam/orang
Basikal : RM25.00 1jam/orang
Mini Train : RM15.00 1jam/orang

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Aisyadelia Cottage Sandakan seperti alamat di bawah ini :

Alamat :
Aisyadelia Cottage
Batu 14, Jalan Labuk,
90000, Sandakan,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6019 751 6878
Web Fb : Aisyadelia

Ulasan

  1. Buka sudah ka ni tempat..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya buka, sekarang Aisyadelia Cottage namanya, tukar pemilik sudah. Kalau dulu Jalil Alip

      Padam
  2. Tumpang bertanya bole bercamping ka d sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ada juga chalet untuk sewa. Cuba contact dulu tanya

      Padam

Catat Ulasan