Langkau ke kandungan utama

Taman Tinukadan Penampang

Taman Tinukadan merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Taman atau tempat rekreasi ini adalh tempat pelancongan yang terletak di daerah Penampang, Kota Kinabalu Sabah. 

TAMAN TINUKADAN PENAMPANG



Taman Tinukuadan adalah satu taman rekreasi yang menarik dan terletak di dalam kawasan Kampung Mongkusilad Moyong, Penampang, Kota Kinabalu Sabah. Taman Tinukadan ini sangat sesuai untuk aktiviti bersama  keluarga untuk beriadah di hujung minggu atau ketika cuti sekolah dan boleh mandi kerana air di kawasan ini yang tidak dalam.

Di taman ini juga terdapat sebatang sungai / jeram yang cantik dan dijaga agar sentiasa bersih dan dapat memberi tarikan kepada pelancong dari dalam dan juga luar negara untuk datang berkunjung ke sini.

Pengunjung yang ingin datang ke sini boleh menaiki bas yang menuju ke Penampang. Selain itu pengunjung juga boleh menaiki kereta sewa, teksi atau menggunakan perkhidmatan e-hailing yang lain.


Pengunjung atau pelawat yang datang ke taman ini juga dinasihatkan agar sentiasa menjaga kebersihan sungai dan kawasan taman tersebut agar ianya sentiasa bersih dan tidak tercemar.


Ulasan

  1. Apakah aktiviti yg dibuat disini? Blh memanggang kah blh mandi sungai ka?

    BalasPadam

Catat Ulasan