Tarian Igal-Igal

Tarian Igal-Igal merupakan salah satu tarian tradisional di Sabah. Tarian ini adalah tarian tarian yang cukup popular dan juga merupakan tarian tradisi bagi suku kaum Bajau di negeri Sabah.

TARIAN IGAL-IGAL



Tarian Igal-Igal merupakan salah satu tarian tradisi bagi suku kaum Bajau di Sabah. Tarian ini sangat popular di kalangan etnik Bajau terutama sekali yang berada di Pantai Timur Sabah seperti di daerah Semporna. Perkataan 'Igal' dikatakan diambil daripada perkataan English iaitu 'Eagle' yang bermaksud 'Helang'. Ini adalah kerana tarian ini adalah seperti gerakan helang yang terbang dan tarian ini juga dikenali sebagai tarian 'Helang Laut'

Tarian ini biasanya dipersembahkan ketika majlis keramaian tertentu seperti majlis perkahwinan, majlis keramaian lain dan ketika sambutan pesta seperti pesta Regatta Lepa yang diadakan di Semporna setiap tahun pada bulan April dan juga pesta Sambulayang.


Tarian ini boleh ditarikan secara solo mahupun berpasangan antara lelaki dan wanita dan ia ditarikan sambil diringi iringan muzik yang dihasilkan melalui alat muzik tradisional seperti gong, kulintangan dan tambul (tambul atau ada juga yang sebut tambur adalah sejenis gendang)


Selain itu penari yang menarikan tarian ini juga akan membacakan beberapa pantun yang kadang kala ianya dijadikan satu pertandingan antara dua orang penari. Pantun yang dibawa biasanya menceritakan mengenai peribadi penari itu sendiri seperti dari segi rupa paras, cara pakaian dan lain-lain lagi.

Pada masa kini tarian ini banyak dipersembahkan di majlis-majlis rasmi dan persembahan kebudayaan yang mana ianya akan dapat memperkenalkan lagi tarian etnik Bajau ini kepada masyarakat luar.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan

  1. Boleh saya tanya... Tambul tu ape

    BalasPadam
  2. tambul ialah gendang tetapi gendang bagi masyrakat bajau adalah berbeza kerana saiz yang besar dan ada tali. sebagai contoh bentuk tambul itu, gendang yang terdapat dalam kumpulan pancaragam mainkan. sekian

    BalasPadam
  3. Boleh saya tanya, tarian igal juga dikenali sebagai tarian helang laut ke?

    BalasPadam
  4. Lelaki atau perempuan yang menari

    BalasPadam

Catat Ulasan