Langkau ke kandungan utama

Tugu Peringatan Malaysia

Tugu Peringatan Malaysia merupakan salah satu tugu yang terdapat di negeri Sabah. Tugu Peringatan ini dibina pada 17 Jun 2016 dan terletak di dalam Bandar Kota Kinabalu, Sabah.

TUGU PERINGATAN MALAYSIA

Credit Gambar : Wikimedia

Tugu Peringatan Malaysia merupakan salah satu tugu di Sabah yang terletak di pusat Bandar Kota Kinabalu Sabah. Tugu ini terletak di Dataran Deasoka, Jalan Pantai dan ia berhampiran dengan bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan juga Hotel Horizon. Tugu ini telah dibina pada 17 Jun 2016.

Tugu ini dibina bagi memperingati kemasukan atau penyertaan Negeri Sabah dan Negeri Sarawak ke dalam Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya membentuk sebuah Persekutuan atau negara yang dikenali sebagai Malaysia pada 16 September 1963.


Di sekitar kawasan tugu ini terdapat beberapa replika yang dibina ada kaitan dengan negeri Sabah agar dapat mencantikkan lagi kawasan tersebut sekligu dapat memberikan satu pemandangan yang indah di kawasan Tugu Peringatan Malaysia ini.

Pengunjung atau pelancong yang berada di Bandar Kota Kinabalu boleh  berjalan kaki sahaja ke tugu ini kerana kedudukan tugu ini yang benar-benar berada di pusat bandar Kota Kinabalu. Ia terletak berhampiran dengan tamu di Jalan Gaya jadi anda boleh jalan-jalan ke tamu ini sekiranya anda datang pada hari ahad.

Tugu tersebut cuma tertulis Tugu Peringatan Malaysia dan tidak terdapat plak atau penerangan pada tugu tersebut, jadi kalau pengunjung ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tugu ini adalah lebih baik untuk bertanya pada pihak berkuasa tempatan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).


Ulasan