Tugu Peringatan Starcevich merupakan salah satu tugu peringatan yang terdapat di negeri Sabah. Tugu ini ini dikenali sebagai Tugu Peringatan Beaufort dan terletak di Pekan, Beaufort, Sabah.
TUGU PERINGATAN STARCEVICH
Credit Gambar : Wikimedia

Tugu Peringatan Starcevich merupakan salah satu tugu peringatan yang terletak di pekan Beaufort, Sabah. Tugu Peringatan Starcevich juga dikenali sebagai Tugu Peringatan Beaufort. Tugu ini dibina adalah bagi memperingati Tom Starcevich iaitu seorang Tentera Australia yang telah banyak membantu membebaskan beberapa tempat di Sabah terutama sekali daerah Beaufort dari saki baki Tentera Jepun selepas Perang Dunia Kedua iaitu pada 28 Jun 1945
Pada awal bulan Jun 1945, beberapa pasukan pasukan daripada tentera Australia telah mula mendarat di beberapa kawasan di Sabah untuk menawan semula Borneo Utara dari saki baki pentadbiran tentera Jepun yang mana mereka kemudiannya telah berjaya menawan semula kawasan yang diduduki Jepun iaitu seperti Labuan, Bandar Brunei, Weston dan Beaufort.
Walaupun mereka telah berjaya menawan kembali tempat tersebut namun mereka masih tetap sentiasa membuat pemantauan atau rondaan setiap hari bagi memastikan sekiranya masih ada tentera Jepun yang masih bersembunyi. Pada 28 Jun 1945 satu pasukan tentera Australia yang membuat rondaan telah diserang oleh pasukan tentera Jepun yang menyebabkan beberapa orang askar telah tercedera dan terkorban.
Akibat daripada serangan itu Tom Starcevich telah mengetuai satu pasukan dan telah membuat dua serangan balas ke atas tempat atau kawasan Tentera Jepun yang masih ada di kawasan pekan dan juga di luar pekan Beaufort. Dengan serangan tersebu pasukan Tom Starcevich berjaya mengalahkan dan menawan baki tentera Jepun tersebut. Dengan kemenangan ini juga Tom Starcevich kemudiannya telah dianugerahkan Pingat Victoria Cross atas keberaniannya berjuang menentang Tentera Jepun.
Bagi memperingati jasa Tom Starcevich yang telah membantu mengalahkan Jepun di Beaufot maka tugu ini telah dibina. Tom Starcevich telah meninggal dunia di Australia pada tahun 1989 iaitu ketika berusia 71 tahun. Terdapat juga satu plat di tugu ini yang memaparkan biodata ringkas beliau.

Ulasan
Catat Ulasan