Tugu Peringatan William Pryer merupakan salah satu tugu yang terdapat di negeri Sabah. Tugu Peringatan ini dibina pada tahun 1950an dan terletak di dalam daerah Sandakan, Sabah.
TUGU PERINGATAN WILLIAM PRYER

Tugu Peringatan William Pryer merupakan salah sebuah tugu yang terdapat di daerah Sandakan, Sabah. Tugu ini telah dibina pada tahun 1950an lagi dan lokasnya adalah di Dataran Majlis Perbandaran Sandakan yang terletak di pusat Bandar Sandakan dan berdekatan dengan bangunan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) serta Muzium Warisan Sandakan.
Tugu ini dibina bagi memperingati William B. Pryer yang dianggap sebagai orang pertama bertanggungjawab dalam perkembangan dan pembangunan Bandar Sandakan. Beliau telah mula mentadbir Sandakan pada 21 Jun 1879 dan dari situ Sandakan telah mula berkembang dari sebuah perkampungan yang kecil menjadi sebuah pekan yang lebih besar lagi.
Menurut sejarah William B. Pryer telah mula membangunkan Sandakan dengan membuka sebuah perkampungan kecil di kawasan Buli Sim-Sim pada 18 Jun 1879. Perkampungan ini telah dibina selepas penempatan pertaman mereka bersama penduduk tempatan lain yang terletak di Kampung German telah hangus akibat daripada berlakunya kebakaran yang memusnahkan kampung tersebut.
Perkampung yang baru dibuat di Buli Sim-Sim telah semakin berkembang dan telah diberi nama 'Elopura' yang membawa maksud 'Bandar Yang Indah'. Menjelang tahun 1881, Elopura telah menjadi sebuah pekan dan kebanyakkan penempatan di kawasan tersebut berada di atas air laut. Penempatan ini terus berkembang dari masa ke semasa dan pada tahun 1882 terdapat lebih kurang 57 buah rumah yang dibina yang terdiri dari 696 orang penduduk.
William B. Pryer juga telah mengembangkan lagi pentradbirannya hingga ke daerah Kinabatangan kerana Kinabatangan pada masa itu mempunyai hasil hutan yang banyak serta hasil sarang burung dari Gua Gomantong berkualiti tinggi. Selepas beberapa tahun, beliau kemudian meletak jawatan, dan beliau telah dianggap sebagai individu yang menjadi perintis kepada pembangunan dan perkembangan Bandar Sandakan.
Untuk ke tugu ini, pengunjung boleh naik bas yang menuju ke pusat Bandar Sandakan kemudian berjalan kaki dalam 5 minit ke kawasan Dataran MPS yang terletak bersebelah dengan bangunan Majlis Perbandaran Sandakan. Ia terletak dikawasan umum jadi tidak ada sebarang bayaran yang dikenakan dan tidak ada tempoh waktu lawatan, jadi boleh datang bila-bila masa saja.

Ulasan
Catat Ulasan