Langkau ke kandungan utama

Air Terjun Bakong-Bakong

Air Terjun Bakong-Bakong merupakan salah satu air terjun yang menarik di Sabah. Air Terjun Bakong-Bakong terletak di daerah Beluran, Sandakan iaitu kira-kira 2 jam perjalanan dari Bandar Sandakan.

AIR TERJUN BAKONG-BAKONG


Kredit Gambar : kkcity

Air Terjun Bakong-Bakong adalah salah satu tempat menarik di Sandakan. Air terjun ini adalah juga salah satu air terjun yang terdapat di daerah Sandakan dan terletak dalam daerah Beluran iaitu di kawasang Kampung Perancangan Beluran yang mana ianya mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan dari pusat bandar Sandakan dan kira-kira 45 minit dari Simpang Sapi-Nangoh.

Air Terjun Bakong-Bakong ini mempunyai 3 bahagian tingkat dengan permukaan dan kolam air terjun yang berbeza. Pengunjung boleh memilih mana-mana tingkat yang diinginkan. Tingkat dua kolam air terjunnya lebih dalam. Pengunjung datang ke air terjun ini juga berpeluang merasai 'Spa Udang' kerana terdapat banyak udang-udang kecil yang selalunya menyepit kaki pengunjung ketika mandi.


Untuk ke Air Terjun Bakong-Bakong pengunjung boleh menyewa kenderaan untuk memandu sendiri (yang penting ada lesen) dari pusat bandar Sandakan, ini adalah agar memudahkan perjalanan pergi dan balik kerana tidak ada pengangkutan awam seperti bas yang sampai ke kawasan ini. Sebaiknya juga menggunakan kenderaan jenis 

Antara kemudahan yang disediakan di kawasan air terjun ini adalah seperti tandas dan beberapa gerai makan. Pastikan juga anda membawa penyembur penghalau nyamuk, dan membawa pakaian tambahan sekiranya ingin mandi.

Bayaran masuk :
Dewasa : RM 2.00
Kanak-kanak : RM 1.00

1. Dulunya kawasan air terjun ini agak kotor kerana tidak dijaga dengan baik, namun kini ia telah dimajukan dan dibersihkan jadi anda ada bawa sampah ke kawasan air terjun pastikan sampah itu dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan agar persekitaran kawasan air terjun sentiasa bersih dan terjaga untuk menarik orang lain dapat ke sini.


Ulasan