Air Terjun Imbak Kanyon (Imbak Canyon Waterfall) merupakan salah satu air terjun yang menarik di Sabah. Air Terjun Imbak Kanyon terletak di dalam daerah Telupid, Sandakan, Sabah.
AIR TERJUN IMBAK KANYON
Air Terjun Imbak Kanyon juga merupakan antara air terjun yang dianggap tercantik di negeri ini kerana rupa bentuknya yang melebar iaitu kira-kira sepanjang 30 meter dan mempunyai ketinggian dalam 8 meter, jarang sekali terjumpa air terjun yang mempunyai lebar sehingga 30 meter seperti air terjun ini.
Dengan keunikan rupa bentuk dan lokasinya yang terletak dikawasan pedalaman dan tidak tercemar serta jauh dari kesibukan kota, maka air terjun ini merupakan salah satu tempat pilihan kepada para peminat air terjun tidak kira sama ada dari dalam atau pun luar negara yang datang berkunjung atau melancong ke negeri Sabah.
Oleh kerana lokasi air terjun ini yang berada jauh di pedalaman Sabah, jadi biasanya untuk ke sini pengunjung akan bermalam di penginapan atau chalet yang ada disediakan di kawasan Imbak Kanyon. Yang ingin ke sini boleh melalui memandu sendiri tapi anda digalakkan menggunakan kenderaan jenis 4WDs (pacuan 4 roda) kerana jalannya yang lebih sesuai untuk kenderaan seperti 4WDs.
Kalau tiada kenderaan boleh juga datang melalui mana-mana pakej pelancongan yang disediakan oleh ejen pelancongan tempatan yang berdaftar (sila pastikan ejen tersebut betul-betul sah berdaftar) agar memudahkan pengurusan perjalanan pergi dan balik, permit masuk, penginapan dan makanan ketika pengunjung datang ke air terjun ini.
Air Terjun Imbak Kanyon merupakan salah satu air terjun yang sangat menarik di Sandakan, Sabah. Air terjun ini terletak dalam kawasan Hutan Simpan Imbak Kanyon di daerah Tongod, Telupid iaitu lebih kurang 240 km atau kira-kira 4 jam 30 minit perjalanan dari Bandar Sandakan dan lebih kurang 95 km atau kira-kira 2 jam perjalanan dari Pekan Telupid.
Air Terjun Imbak Kanyon juga merupakan antara air terjun yang dianggap tercantik di negeri ini kerana rupa bentuknya yang melebar iaitu kira-kira sepanjang 30 meter dan mempunyai ketinggian dalam 8 meter, jarang sekali terjumpa air terjun yang mempunyai lebar sehingga 30 meter seperti air terjun ini.
Dengan keunikan rupa bentuk dan lokasinya yang terletak dikawasan pedalaman dan tidak tercemar serta jauh dari kesibukan kota, maka air terjun ini merupakan salah satu tempat pilihan kepada para peminat air terjun tidak kira sama ada dari dalam atau pun luar negara yang datang berkunjung atau melancong ke negeri Sabah.
Oleh kerana lokasi air terjun ini yang berada jauh di pedalaman Sabah, jadi biasanya untuk ke sini pengunjung akan bermalam di penginapan atau chalet yang ada disediakan di kawasan Imbak Kanyon. Yang ingin ke sini boleh melalui memandu sendiri tapi anda digalakkan menggunakan kenderaan jenis 4WDs (pacuan 4 roda) kerana jalannya yang lebih sesuai untuk kenderaan seperti 4WDs.
Kalau tiada kenderaan boleh juga datang melalui mana-mana pakej pelancongan yang disediakan oleh ejen pelancongan tempatan yang berdaftar (sila pastikan ejen tersebut betul-betul sah berdaftar) agar memudahkan pengurusan perjalanan pergi dan balik, permit masuk, penginapan dan makanan ketika pengunjung datang ke air terjun ini.
Ulasan
Catat Ulasan