Langkau ke kandungan utama

Air Terjun Langanan

Air Terjun Langganan merupakan salah satu air terjun yang terdapat di Sabah. Air Terjun Langganan juga adalah antara beberapa air terjun yang tinggi di Sabah dan terletak di dalam daerah Ranau.

AIR TERJUN LANGGANAN



Air Terjun Langganan merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Air terjun ini adalah antara air terjun yang tinggi di Sabah iaitu dengan ketinggian 120 meter dan terletak di dalam kawasan Taman Rekreasi Poring, Ranau iaitu dan lebih kurang 18 km atau kira-kira 25 minit perjalanan dari Bandar Ranau, kemudian berjalan kaki lagi lebih kurang 3.5 km hingga 4 km dari kawasan Kolam Air Panas Poring Ranau dan akan meredah hutan untuk sampai ke air terjun ini.

Air Terjun Langganan sememangnya amat menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara kerana ketinggiannya. Sepanjang trekking ke Air Terjun Langganan juga para pengunjung berpeluang untuk berehat sekejap di Air Terjun Kipungit dan Gua Kelawar yang terletak satu laluan ke Air Terjun Langganan, dan kalau tidak kuat berjalan jauh ke air terjun ini boleh juga kalau melawat ke Air Terjun Kipungit sahaja.


Oleh kerana lokasi air terjun ini yang agak jauh dari Poring dan mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk sampai kerana berjalan kaki dengan keadaan muka buminya yang kira agak mencabar, maka adalah disarakan atau digalakkan anda untuk datang ke air terjun ini sekitar bulan April hingga September kerana pada bulan-bulan ini keadaan cuaca adalah lebih cerah dan tidak hujan, ini sekaligus akan dapat memudahkan perjalanan anda ke air terjun ini. 

Sekiranya anda teringin sangat ke air terjun ini, pastikan anda bawa barang-barang keperluan yang anda rasa perlu untuk dibawa ke sini kerana air terjun ini jauh dan memerlukan persiapan awal agar lebih memudahkan dan menyenangkan anda ketika berada di kawasan air terjun ini.

Bayaran masuk :
Bayaran masuk ke Poing : RM 3.00
Bayaran melalui 'Canopy Walk' : RM 3.00

Bayaran untuk kamera : RM 5.00

Waktu Operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 5 petang

Ulasan