Langkau ke kandungan utama

Aquarium And Marine Museum UMS

Aquarium And Marine Museum UMS merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang terletak di Univerisi Malaysia Sabah Kota Kinabalu Sabah iaitu 20 km dari Pusat Bandar Kota Kinabalu.

AQUARIUMA AND MARINE MUSEUM UMS



Aquarium And Marine Museum merupakan salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu, Sabah iaitu lebih kurang 20 km atau 25 minit perjalanan. Ia adalah sebuah Muzium Hidupan Laut yang terletak di Universiti Malaysia Sabah. Muzium ini telah dibina pada tahun 1995 dan merupakan antara muzium marin yang terbaik di kepulauan Borneo. 

Tujuan muzium ini ditubuhkan adalah untuk tujuan pendidikan biodiversiti, penyelidikan dan jangkauan awam. Ini adalah agar masyarakat mendapat pendidikan mengenai betapa pentingnya pemuliharaan dan pemeliharaan sumber marin dalam kehidupan manusia.


Di sini terdapat pelbagai hidupan marin yang dijaga dengan baik, dengan itu pengunjung akan dapat melihat bagaimana ekosistem hidupan marin yang ada di dasar laut termasuklah seperti flora dan fauna.

Terdapat tiga bahagian utama di muzium ini iaitu :
01. Deep Dive Diorama
02. Aquarium Showcase
03. Marine Museum

Pengunjung atau pelancong yang ingin ke muzium ini boleh menaiki bas atau teksi dari pusat bandar Kota Kinabalu yang menuju ke Universiti Malaysia Sabah (UMS). Selain itu anda juga boleh menggunakan perkhidmatan teksi atau e-hailing yang lain. Dan untuk lebih memudahkan perjalanan, anda bolehlah menaiki kenderaan sendiri atau menyewa kenderaan untuk pandu sendiri dan boleh melawat atau melancong ke lokasi yang lain lagi.

Waktu operasi :

Selasa - Khamis 
Jam 9 pagi - 1 petang
Jam 2 petang - 4 petang

Jumaat
Jam 9 pagi - 11.30 pagi 
Jam 2 petang - 4 petang

Sabtu - Ahad
Jam 9 pagi - 1 petang
Jam 2 petang - 4 petang

Isnin & cuti umum
Tutup

Bayaran masuk :

Warganegara 
Dewasa 18-59 tahun : RM10.00
Kanak-kanak 4-7 tahun : RM5.00
Warga Emas 60 tahun ke atas : RM5.00

Warga asing 
Dewasa 18-59 tahun : RM20.00
Kanak-kanak 4-7 tahun : RM10.00
Warga Emas 60 tahun ke atas : RM10.00
 
Bayaran pass kamera :
Warganegara : RM5.00
Warga asing : RM10.00

Aktiviti :
Tayangan video : 9 pagi - 4 petang
Beri makan hidupan marin : 3.30 petang - 4 petang

Terdapat beberapa peringatan atau pun larangan kepada para pengunjung yang ingin datang melawat ke akuarium dan muzium laut ini iaitu :

1. Tidak boleh bawa masuk makanan/minuman ke dalam muzium.
2. Dilarang sentuh atau pindah spesimen yang dipamerkan.
3. Tayangan video dibuat sekiranya tiada kuliah atau program rasmi dibuat di bilik mini teater.

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Aquatium and Marine Museum UMS di alamat seperti berikut :

Alamat :
Marine Aquarium & Museum
Borneo Marine Research Institute
Universiti Malaysia sabah
Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu
sabah, Malaysia
Tel: +6088 - 320 000 ext: 2331/2332
Fax: +6088 - 320261

Ulasan

Catat Ulasan