Bandar Sandakan merupakan bandar tertua di Sabah dan terletak di Bahagian Pantai Timur Negeri Sabah. Sandakan juga adalah bandar kedua terbesar selepas Kota Kinabalu.
BANDAR TERTUA
Bandar Sandakan adalah bandar terawal dan tertua di Sabah yang mana bandar ini pernah menjadi pusat pentadbiran dan pernah menjadi Ibu Negeri Borneo Utara semasa zaman British. Namun selepas Perang Dunia Ke-2 kawasan Bandar Sandakan telah musnah dengan teruk dan agak sukar untik dipulihkan. Ini menyebabkan kerajaan British memindahkan pentadbiran ke Kota Kinabalu sekaligus menjadikan Kota Kinabalu sebagai Ibu Negeri Sabah.
Pada awal pembukaan Sandakan. ia hanyalah sebuah kawasan perkampungan kecil yang telah dibina pada 18 Jun 1879 dengan jumlah penduduk pada masa itu lebih kurang 300 orang sahaja dan terletak di bahagian teluk muara. Kawasan perkampungan kecil ini dikenali dengan nama Buli Sim-Sim.
Selepas perkampungan ini siap dibina, ia kemudiannya ditukar kepada nama 'Elopura' yang membawa maksud 'Bandar Yang Indah'. Nama ini telah diberi oleh perintis pembangunan bagi bandar Sandakan yang juga Pengerusi British North Borneo Development Corporation pada masa itu iaitu William B. Pryer.
Sandakan telah diiktiraf sebagai 'Bandaraya Alam Semulajadi' pada 18 Mei 2004 dan menjadi salah sebuah bandar utama di negeri Sabah selepas Kota Kinabalu. Selain itu kedudukan Sandakan yang berada di bahagian teluk Sandakan dapat menjadikannya juga menjadi salah sebuah pelabuhan yang strategik untuk perkembangan ekonomi di Sabah.
Jumlah penduduk daerah Sandakan dianggarkan hampir 1 juta orang dan Sandakan juga mempunyai beberapa daerah kecil yang berada dibawah pentadbiran Bahagian Sandakan iaitu seperti :
01. Beluran
02. Telupid
03. Kinabatangan
04. Tongod
05. Paitan
Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati dan dikunjungi oleh para pengunjung atau pelancong yang datang ke daerah Sandakan. Antara tempat menarik di Sandakan adalah :
01. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok
02. Taman Peringatan Sandakan
03. Agnes Keith House
03. Taman Buaya Sandakan
04. Labuk Bay Proboscis Monkey
05. Taman Jalil Alip
06. English Tea House
07. Batu Sapi Heritage Park
08. Pulau Lankayan
09. Pulau Selingan

Ulasan
Catat Ulasan