Borneo Ant House merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Rumah Semut ini terletak di daerah Tuaran, iaitu kira-kira 35 km perjalanan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu Sabah.
BORNEO ANT HOUSE
Borneo Ant House merupakan salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu. Ia terletak di Kampung Kindu, Tuaran iaitu lebih kurang 35 km dari Bandar Kota Kinabalu. Rumah Semut ini telah ditubuhkan pada 1 Julai 2017 dan ia merupakan milik persendirian iaitu Encik Tarmizi Sandhu dan pasangannya Sufiah Abdul Rahman Lee. Tempat ini adalah sangat sesuai untuk dikunjungi oleh pelancong yang datang melancong ke Sabah terutamanya jika ke daerah Tuaran.
Borneo Ant House merupakan tempat pelancongan bertemakan semut yang pertama dan paling besar di Malaysia iaitu dengan keluasan kawasan yang meliputi sekitar 1.2 hektar. Tempat ini telah dibahagikan kepada 3 bahagian galeri yang utama iaitu bahagian galeri pertama adalah bahagian arca atau replika semut yang mana pada awal penubuhan rumah semut ini terdapat 463 arca yang dibina, namun sekarang ini sudah ditambah menjadi 816 arca dan ia ditempatkan di bahagian bawah tanah agar ianya dapat menimbulkan suasana kehidupan semut berkenaan apabila pengunjung datang melawat ke sini.
Bahagian galeri kedua pula ialah muzium mini kebudayaan yang mana di sini mempamerkan kebudayaan 4 etnik utama di Borneo Malaysia iaitu Bajau, Dusun Lotud, Iban dan Bidayuh. Etnik Bajau dan Dusun Lotud merupakan dua etnik yang ramai tinggal di Tuaran yang mewakili majoriti etnik negeri Sabah, manakala etnik Iban dan Bidayuh pula adalah merupakan etnik yang membentuk kumpulan majoriti di Sarawak.
Bahagian galeri ketiga pula adalah muzium mini untuk galeri pedang. Galeri ini diwujudkan adalah sebagai tanda yang menunjukkan sejarah Borneo pada masa dahulu yang banyak menggunakan peralatan ini ketika pergi memburu atau ketika pergi berburu atau ketika melawan musuh. Selain pedang terdapat juga senjata lain yang dipamerkan di galeri ini.
Selain daripada tiga galeri utama, terdapat juga tempat atau aktiviti tambahan yang diwujudkan di sini. Antaranya adalah berjalan di jambatan kanopi yang setinggi 75 meter. Jadi kepada yang belum pernah naik jambatan kanopi boleh mencubanya di sini apabila datang berkunjung di sini. Tarikan lain adalah sini terdapat juga berpuluh-puluh jenis tumbuhan seperti herba dan buah-buahan yang mungkin anda jarang atau tidak pernah jumpa di tempat lain.
Kalau anda masih belum puas, anda boleh beriadah di kolam renang, atau pun pergi menaiki zipline. Anda juga boleh menyewa pakaian tradisional yang ada disediakan di sini dengan memakainya sambil mengambil gambar kenangan memakai pakaian traidisional ini. Tapi zipline dan pakaian tradisional ini ada bayaran, bukan percuma serta tidak boleh bawa balik.
Bila anda sudah penat melawat ke sekitar tempat-tempat ini dan berasa lapar, anda tidak perlu risau kerana di sini juga ada terdapat restoran yang telah disediakan untuk para pengunjung. Kemudahan lain adalah seperti tandas dan lain-lain lagi.
Untuk ke sini, pelancong boleh naik bas kalau dari Kota Kinabalu, tapi adalah lebih baik untuk pengunjung menaiki kereta sendiri atau kalau anda ada lesen memandu bolehlah menyewa kenderaan agar memudahkan lagi perjalanan anda ke sini dan pulang semula ke tempat anda dan ia juga membolehkan anda melawat tempat menarik yang lain sekitar Tuaran.
Waktu operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 4.30 petang
(Isnin Cuti)
Bayaran masuk :
Warganegara dewasa : RM15.00
Warganegara kanak-kanak : RM10.00
Bukan warganegara dewasa : RM25.00
Bukan warganegara kanak-kanak : RM25.00
Orang dewasa 65 tahun ke atas : Percuma
Kanak-kanak 5 tahun ke bawah : Percuma
Bayaran Zipline :
Dewasa : RM25.00
Kanak-kanak : RM25.00
(Bagi orang dewasa berumur 65 tahun ke atas dan kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah, mereka adalah tidak dibenarkan menaiki zipline atas faktor keselamatan)
Bayaran sewa pakai tradisional :
Dewasa : RM10.00
Kanak-kanak : RM5.00
Dewasa 65 tahun ke atas : RM5.00
Kanak-kanak 5 tahun ke bawah : RM5.00
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Borneo Ant House di alamat seperti di bawah ini :
Alamat :

Borneo Ant House
Kampung Kindu Tuaran,
Jalan Highway Tuaran-Tenghilan
Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 016-820 4287
Website : facebook.com/borneoanthouse
Website : facebook.com/borneoanthouse
Great post. Looking forward to reading more. Thanks for taking the time to write this.
BalasPadamcloud service provider
endpoint protection malaysia
data protection service
Thank you
Padam