Langkau ke kandungan utama

Buah Belimbing Buluh

Buah Belimbing Buluh adalah salah satu buah-buahan tempatan Negeri Sabah. Buah Belimbing Buluh juga dikenali dengan nama Belimbing Asam dan buah terkenal dikalangan masyarakat Sabah.

BUAH BELIMBING BULUH



Buah Belimbing Buluh adalah salah satu buah-buahan tempatan negeri Sabah. Buah Belimbing Buluh juga lebih dikenali dengan nama Belimbing Asam kerana rasanya yang lebih masam apabila dimakan dan ia sangat popular di kalangan masyarakat di Negeri Sabah namun tidak ramai yang menanam pokok buah ini. Bentuk buah ini adalah bulat memanjang dan saiznya tidaklah besar iaitu lebih kurang saiz ibu jari tangan orang dewasa. 

Buah ini biasanya diguna sebagai bahan tambahan untuk dicampurkan pada masakan lauk atau pun sambal agar dapat memberikan lagi rasa pada hidangan tersebut. Terdapat juga sesetengah masyarkat yang memakannya begitu sahaja namun tidak ramai sebab rasa buah ini yang agak masam. Selain itu ada juga yang menggunakan buah ini untuk dicampurkan pada hidangan isi ikan kerana ia mampu menghilangkan rasa hanyir pada ikan tersebut.


Kalau di Sabah, ada yang mencampurkan buah ini dengan buah mangga yang telah dipotong halus, lada dan limau kemudian dicampurkan dengan isi ikan yang sudah dibersihkan dan dimakan begitu saja. Walaupun masam tapi ianya sungguh membuka selera apabila dimakan bersama nasi.

Selain digunakan sebagai makanan, buah ini juga banyak digunakan sebagai rawatan perubatan kerana dikatakan buah ini mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kesihatan. Antara khasiat buah ini adalah seperti dapat kurangkan tekanan darah tinggi, kencing manis, menghilangkan rasa pitam dan dapat hilangkan batuk. Walaupun belum ada kajian khusus mengenai khasiat ini tapi ia banyak diceritakan oleh mereka yang pernah mencubanya terutama sekali dari golongan orang tua.


Contohnya dikatakan untuk mengubat sakit batuk, buah ini boleh di rebus, kemudian airnya diambil dan diminum pada waktu pagi dan petang. Ada juga yang ambil buah ini dan dicelupkan ke garam kemudian dimakan begitu saja untuk hilangkan batuk. Apa pun ini cuma pendapat dan petua orang tua-tua, jadi terpulang pada kita sama ada mahu mencuba atau tidak.

Nota :
1. Pastikan cuci buah ini bersih-bersih sebelum dimakan.
2. Khasiat di atas adalah petua orang tua.

Ulasan