Buah Liposu adalah salah satu daripada buah-buahan tempatan yang terdapat di negeri Sabah. Buah Liposu sangat terkenal dikalangan masyarakat di Negeri Sabah.
BUAH LIPOSU
Buah Liposu atau nama saintifiknya Baccaurea Lanceolata adalah salah satu buah-buahan tempatan negeri Sabah. Buah ini juga dikenali dengan nama buah limpasu. Buah Liposu memang sangat popular dikalangan penduduk di Negeri Sabah terutama sekali dari suku kaum Dusun.
Pokok buah liposu boleh tumbuh sehingga berketinggian 30 meter dan sangat sukar untuk ditemui ini kerana pokok buah ini biasanya tumbuh atau hidup di kawasan tanah tinggi seperti di bukit atau pun kawasan perguinungan. Namun terdapat juga sesetangah penduduk negeri ini yang menanamnya di kebun atau kawasan ladang buah-buahan.
Buah ini adalah berwarna hijau ketika masih muda namun ia akan bertukar kepada warna coklat terang apabila telah masak. Isinya pula berwarna putih terang dan mampunyai kulit yang tebal. Manakala pokok buah ini pula tidak terlalu tinggi jadi ia lebih mudah untuk dipetik terus dan tidak perlu penat-penat memanjat untuk memetik buah ini.
Sesetengah masyarakat di Sabah mengambil Buah Liposu ini untuk tujuan makanan yang dicampurkan dengan bahan lain untuk membuat sambal, ada juga yang mengambilnya dan mencamprkan dengan hidangan lain seperti hidangan Linapod dan lain-lain lagi.
Terdapat juga yang mengambil buah ini untuk tujuan perubatan. Oleh kerana dikatakan boleh digunakan sebagai ubat untuk sakit kepala, kesihatan kulit dan juga sebagai penghalau tikus. Ini adalah petua orang tua, keberkesanan kegunaannya terpulang pada anda jika ingin mencuba.

Ulasan
Catat Ulasan