Bukit Donguan (Donguan Hill) adalah salah satu tempat menarik di Sabah. Bukit Donguan terletak di Bahagian Pedalaman Sabah iaitu di dalam daerah Keningau, kira-kira 22 km dari Bandar Keningau.
BUKIT DONGUAN (DONGUAN HILL)
Waktu operasi :
Setiap hari : 7 pagi - 5 petang
Bayaran masuk :
Seorang : RM3.00
Harga bayaran masuk di atas ini mungkin boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keadaan semasa. Oleh itu sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan Bukit Donguan seperti alamat di bawah ini :
Alamat :
01. Bila berada di atas bukit atau Sepanjang pendakian ke bukit ini, kiri dan kanannya adalah tebing tinggi, oleh itu anda harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling agar dapat menjamin keselamatan anda ketika berada di sini.
Kredit Gambar : Donguanhill
Bukit Donguan (Donguan Hill) adalah tempat menarik di Keningau yang juga merupakan satu kawasan tanah tinggi yang sesuai dikunjungi oleh orang ramai terutamanya jika mereka datang melancong ke daerah Keningau, Sabah. Bukit ini terletak di Apin-Apin, Keningau iaitu lebih kurang 22 km atau iaitu kira-kira 25 minit perjalanan dari Bandar Keningau dan lebih kurang 114 km atau kira-kira 2 jam 20 minit perjalanan dari Kota Kinabalu. Bukit Donguan ini tidaklah begitu tinggi iaitu lebih kurang 226 meter dari aras laut dan mempunyai 7 puncak bukit kesemuanya. Oleh itu ia menjadikan bukit ini antara tempat yang paling sesuai untuk mereka yang suka melakukan aktiviti mendaki (hiking) terutama sekali kepada yang baru sahaja mahu belajar mendaki.
Oleh kerana bukit ini tidalah terlalu tinggi, maka ia boleh didaki oleh sesiapa saja seperti orang tua, dewasa dan kanak-kanak yang penting dalam keadaan sihat dan tiada sakit yang teruk terutamanya bagi golongan yang sudah lanjut usia. Sebab walaupun bukit ini tidaklah begitu tinggi tapi pendakiannya juga boleh dikira mencabar dan dengan laluan yang sejauh 3.0 km pergi dan balik dan memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit pendakian, jadi anda mesti berada dalam keadaan sihat kesihatan agar tidak ada masalah semasa pendakian. Pendakian ke puncak Bukit Donguan adalah amat menyeronokkan kerana anda akan dapat berehat dan mengambil gambar pemandangan di tujuh puncak yang terdapat di Bukit Donguan ini yang pasti akan membuatkan anda rasa percutian atau pendakian anda ke bukit ini adalah berbaloi dan ingin datang semula pada masa akan datang.
Nama Bukit Donguan ini dikatakan diambil bersempena dengan nama nenek moyang kepada pemilik bukit ini. Manakala nama bagi tujuh puncak yang terdapat dibukit ini pula adalah diambil dari setiap huruf nama 'Donguan' dan nama puncak ini juga mempunyai kisah atau maksud tersendiri disebalik nama tersebut. Apabila anda telah sampai dipuncak ketujuh, anda harus berjalan lebih kurang 500 meter hingga 1km lagi untuk sampai ke puncak bukit yang sebenar. Antara nama tujuh puncak yang terdapat di bukit ini yang diambil bersempena perkataan 'Donguan' adalah :

Nama 7 puncak :
01. D : Dirikohon (puncak pertama tempat rehat dan santai)
02. O : Okito (boleh nampak)
03. N : Neretuan (terjatuh)
04. G : Gaman (panggilan untuk lelaki)
05. U : Ugou (panggilan untuk wanita)
06. A : Anak-anak
07. N : Neilaan
Kalau anda mendaki ke bukit ini, laluan mendakinya memang sudah tersedia tapi sebaiknya anda pakai sentiasa berhati-hati ketika mendaki dan kalau boleh pakailah kasut yang sesuai untuk ke sini sebab ada bahagian yang laluannya mungkin curam, ada juga yang licin dan lain-lain lagi. Jadi jangan lepaskan peluang untuk ke sini apabila ada masa terluang seperti cuti sekolah ataupun cuti hujung minggu utuk bersenam dengan mendaki ke puncak Bukit Donguan. Boleh datang beramai-ramai bersama kawan atau keluarga agar perjalanan dan pendakian anda ke puncak bukit lebih menarik dan tidaklah berasa sunyi sendirian dan boleh berganti-ganti mengambil gambar berlatarbelakangkan pemandangan alam semula jadi yang cukup cantik dan mempersonakan.
Walaupun laluan pendakian ke puncak bukit ini tidaklah begitu tinggi dan tidak terlalu mencabar seperti mendaki gunung, namun adalah lebih baik anda membuat persiapan dan persediaan agar perjalanan anda ke sini berjalan dnegan lancar dan tidak ada masalah. Antaranya pastikan kesihatan anda berada dalam keadaan yang baik bagi mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini dan jika anda mempunyai penyakit boleh minta nasihat daripada doktor terlebih dahulu sekiranya dibenarkan untuk membuat aktiviti mendaki ini. Jika anda sihat, pastikan juga stamina anda berada dalam tahap yang baik agar mudah untuk anda mendaki nanti. Selain itu anda juga boleh membuat beberapa persiapan sebelum datang mendaki dan antara persiapan yang mungkin boleh anda buat adalah seperti memakai pakaian atau kasut yang sesuai untuk mendaki, membawa makanan ringan serta air minuman, dan anda boleh membawa apa-apa lagi yang lain tapi pastikan tidak terlalu berat agar mudah untuk anda mendaki
Untuk ke sini, sebaiknya anda memandu kereta sendiri, tapi kalau tidak ada kenderaan sendiri bolehlah menyewa kenderaan dari mana-mana syarikat yang menyewakan kereta (yang penting anda ada lesen memandu). Kalau anda tidak ada lesen boleh naik bas ke Keningau, kemudan ambil perkhidmatan e-hailing tapi pastikan untuk buat tempahan pergi dan balik dari sini agar lebih memudahkan anda nanti.
Waktu operasi :
Setiap hari : 7 pagi - 5 petang
Bayaran masuk :
Seorang : RM3.00
Harga bayaran masuk di atas ini mungkin boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keadaan semasa. Oleh itu sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan Bukit Donguan seperti alamat di bawah ini :
Alamat :
Donguan Hill
Kampung Apin-Apin,
89650, Keningau
Sabah, Malaysia.
Telefon : 012-806 4889
Website : facebook.com/DonguanHill
Nota :
Kampung Apin-Apin,
89650, Keningau
Sabah, Malaysia.
Telefon : 012-806 4889
Website : facebook.com/DonguanHill
Nota :
01. Bila berada di atas bukit atau Sepanjang pendakian ke bukit ini, kiri dan kanannya adalah tebing tinggi, oleh itu anda harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling agar dapat menjamin keselamatan anda ketika berada di sini.
terbaikk blog dan terima kasih kerana dapat buat blog tentang donguan hill!
BalasPadamiya sama-sama
Padam