Langkau ke kandungan utama

Bukit Kulanga (Kulanga Hill)

Bukit Kulanaga (Kulanga Hill) adalah salah satu tempat menarik di Sabah. Bukit Kulanga terletak di Bahagian Pedalaman Sabah iaitu di dalam daerah Keningau, kira-kira 9.6 km dari Bandar Keningau.

BUKIT KULANGA (KULANGA HILL)


Kredit Gambar : Kulangahills

Bukit Kulanga (Kulanga Hill) merupakan salah satu tempat menarik di Keningau yang juga adalah satu kawasan tanah tinggi yang sepatutunya dikunjungi oleh penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke negeri ini terutamanya ke daerah Keningau, Sabah. Bukit ini terletak di Kampung Agudon, Keningau iaitu lebih kurang 9.6 km atau iaitu kira-kira 15 minit perjalanan dari Bandar Keningau dan lebih kurang 109 km atau kira-kira 2 jam 10 minit perjalanan dari Kota Kinabalu. Bukit ini antara tempat yang paling sesuai untuk mereka yang suka melakukan aktiviti mendaki (hiking) terutama sekali kepada yang baru sahaja mahu belajar mendaki kerana bukit ini juga disebut dengan gelaran 'Mini Kinabalu' oleh orang ramai atau penduduk tempatan di Keningau. 

Perjalanan mendaki dari titik permulaan ke puncak bukit ini adalah sejauh lebih kurang 4.8 km pergi sahaja, jadi pergi dan balik adalah dalam 9.6 km atau lebih kurang dalam 4 jam perjalanan pergi dan balik. Oleh itu bagi mereka yang tidak berapa kuat berjalan dan cepat lemah semangat memang susah sikit sebab pendakian ke bukit ini sememangnya agak jauh dan mencabar. Walaupun pendakian ke bukit ini agak mencabar dan jaraknya juga agak jauh namun anda pasti akan rasa berbaloi setelah berada di atas puncak bukit ini yang menyajikan satu pemandangan yang cukup indah dan menawan sehinggakan tidak dapat diucap dengan kata-kata. Tapi yang penting semasa anda naik ke puncak bukit ini cuaca di sini adalah dalam keadaan baik dan tidak hujan lebat, kalau hujan lebat memang tidak berapa menarik pemandangan yang ada.


Jika cuaca cerah anda akan dapat lihat satu pemandangan cuaca yang cukup cantik dan mengagumkan iaitu seperti pemandangan awan karpet 'sea of clouds carpet' yang mana anda akan dapat lihat gumpalan awan yang banyak dan tebal menutupi bumi sehingga anda merasakan seolah-olah berada di atas awan yang tebal itu. Selain daripada pemandangan awan karpet, pemandangan pada waktu petang iaitu ketika matahari terbenam juga amat mengagumkan, anda akan dapat lihat dengan jelas seluruh alam sekitar dan permukaan bumi disinari dengan sinaran berwarna jingga yang terpancar dari matahari yang hampir terbenam. Bagi peminat keindahan pemandangan awan karpet dan matahari terbenam ini sudah pastilah akan terpukau dan akan mengambil lebih banyak gambar atau video pemandangan ini lebih-lebih lagi bagi mereka yang suka memuat naik gambar-gambar menarik di instagram atau media sosial yang lain. 

Kalau anda mendaki ke puncak bukit ini, sebaiknya anda sentiasa berhati-hati ketika mendaki dan kalau boleh pakailah kasut atau pakaian yang lebih sesuai untuk mendaki sebab ada bahagian yang laluannya mungkin curam, ada juga yang licin dan lain-lain lagi. Sebaiknya juga anda membuat persediaan agar perjalanan anda ke sini berjalan dengan lancar dan tidak ada masalah. Antara persediaan yang perlu anda buat adalah seperti pastikan kesihatan anda berada dalam keadaan yang baik bagi mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa mendaki dan jika anda mempunyai penyakit boleh minta nasihat daripada doktor terlebih dahulu sekiranya dibenarkan atau tidak untuk membuat aktiviti mendaki.

Walaupun puncak bukit ini jauh dari tempat letak kereta atau titik permulaan (starting point), namun terdapat juga beberapa kemudahan yang ada disediakan di sini untuk para pengunjung yang datang ke puncak bukit ini, kemudahan ini ada yang khas disediakan secara percuma dan ada yang berbayar iaitu yang berbayar adalah seperti minuman dan makanan yang dijual oleh kedai makan yang terdapat di sini dan antara kemudahan lain yang terdapat di sini adalah seperti :

Kemudahan :

01. Tempat bergambar
02. Tempat duduk
03. Minuman panas
04. Maggie segera
05. Liputan 4G (celcom)
06. Makanan ringan

Untuk ke sini, sebaiknya anda memandu kereta sendiri, tapi kalau tidak ada kenderaan sendiri bolehlah menyewa kenderaan dari mana-mana syarikat yang menyewakan kereta (yang penting anda ada lesen memandu). Kalau anda tidak ada lesen boleh naik bas ke Keningau, kemudan ambil perkhidmatan e-hailing tapi pastikan untuk buat tempahan pergi dan balik dari sini agar lebih memudahkan anda nanti.

Waktu operasi :
Setiap hari : 6 pagi - 6 petang

Bayaran masuk :
Seorang : RM5.00

Harga bayaran masuk di atas ini mungkin boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keadaan semasa. Oleh itu sebarang pertanyaan atau maklumat lebih 
lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan Bukit Donguan seperti alamat di bawah ini :

Alamat :
Kulanga Hill
Kampung Agudon,
89650, Keningau
Sabah, Malaysia.

Telefon : 013-830 8968
Website : facebook.com/kulangahills



Ulasan