Bukit Mundan (Mundan Hill) adalah salah satu tempat menarik di Sabah. Bukit ini terletak di Bahagian Kudat, Sabah iaitu di dalam daerah Kota Marudu, kira-kira 18 km dari Pekan Kota Marudu.
Nama bukit ini diambil bersempena dengan nama pemilik tanah bukit ini iaitu Encik Mundan dan untuk perjalanan mendaki ke puncak bukit ini ianya terdapat dua (2) laluan dengan jarak yang berbeza iaitu sejauh lebih kurang 1.3 km dan juga sejauh 1.7 km. Jadi anda boleh pilih laluan yang mana anda mahu ikut, bagi peminat mendaki sudah semestinya akan memilih laluan yang lebih jauh dan lebih mencabar sedikit walaupun bukitnya tidak terlalu tinggi. Semasa mendaki terdapat beberapa tempat atau kawasan yang mempunyai tanah yang curam tetapi jangan risau sebab bahagian yang curam telah dibentukkan menjadi seperti tangga dan diletakkan tali untuk pendaki berpaut ketika naik atau turun. Semasa dalam perjalanan naik atau turun juga anda boleh mengambil gambar sebab pemandangan dari sini memang cukup cantik dan indah lebih-lebih lagi apabila berada dipuncak bukit. Sebaiknya juga anda mengatur masa yang sesuai untuk mendaki ke bukit ini iaitu seperti awal pagi dan juga pada waktu sebelah petang agar tidak terkena cuaca yang panas.
Kalau anda mendaki ke puncak bukit ini, sebaiknya anda sentiasa berhati-hati ketika berjalan naik atau ketika turun semula dari bukit ini dan kalau boleh pakailah kasut atau pakaian yang lebih sesuai untuk mendaki sebab ada bahagian yang laluannya mungkin curam, ada juga yang licin dan lain-lain lagi. Sebaiknya juga anda membuat persediaan agar perjalanan anda ke sini berjalan dengan lancar dan tidak ada masalah. Antara persediaan yang perlu anda buat adalah seperti pastikan kesihatan anda berada dalam keadaan yang baik bagi mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika anda mendaki dan jika mempunyai penyakit boleh minta nasihat daripada doktor terlebih dahulu sekiranya dibenarkan atau tidak untuk membuat aktiviti mendaki. Kalau anda sihat, pastikan juga stamina anda berada dalam tahap yang baik agar mudah untuk anda mendaki nanti.
BUKIT MUNDAN (MUNDAN HILL)
Kredit gambar : Rico John
Bukit Mundan (Mundan Hill) adalah salah satu tempat menarik di Kota Marudu yang boleh dikunjungi oleh penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke negeri ini terutamanya ke daerah Kota Marudu, Sabah atau Kudat. Bukit ini terletak di berhampiran Kampung Talantang 1, Jalan Piso, Kota Marudu iaitu lebih kurang 18 km atau kira-kira 25 minit perjalanan dari Pekan Kota Marudu dan lebih kurang 145 km atau kira-kira 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Bukit Mundan adalah antara tempat yang paling sesuai untuk mereka yang suka melakukan aktiviti mendaki (hiking) terutama sekali kepada yang baru sahaja mahu belajar mendaki kerana bukit ini tidak juga terlalu tinggi iaitu lebih kurang 275 meter dari aras laut dan merupakan tempat tumpuan orang ramai pada musim cuti seperti dihujung minggu untuk beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan.
Nama bukit ini diambil bersempena dengan nama pemilik tanah bukit ini iaitu Encik Mundan dan untuk perjalanan mendaki ke puncak bukit ini ianya terdapat dua (2) laluan dengan jarak yang berbeza iaitu sejauh lebih kurang 1.3 km dan juga sejauh 1.7 km. Jadi anda boleh pilih laluan yang mana anda mahu ikut, bagi peminat mendaki sudah semestinya akan memilih laluan yang lebih jauh dan lebih mencabar sedikit walaupun bukitnya tidak terlalu tinggi. Semasa mendaki terdapat beberapa tempat atau kawasan yang mempunyai tanah yang curam tetapi jangan risau sebab bahagian yang curam telah dibentukkan menjadi seperti tangga dan diletakkan tali untuk pendaki berpaut ketika naik atau turun. Semasa dalam perjalanan naik atau turun juga anda boleh mengambil gambar sebab pemandangan dari sini memang cukup cantik dan indah lebih-lebih lagi apabila berada dipuncak bukit. Sebaiknya juga anda mengatur masa yang sesuai untuk mendaki ke bukit ini iaitu seperti awal pagi dan juga pada waktu sebelah petang agar tidak terkena cuaca yang panas.
Kalau anda mendaki ke puncak bukit ini, sebaiknya anda sentiasa berhati-hati ketika berjalan naik atau ketika turun semula dari bukit ini dan kalau boleh pakailah kasut atau pakaian yang lebih sesuai untuk mendaki sebab ada bahagian yang laluannya mungkin curam, ada juga yang licin dan lain-lain lagi. Sebaiknya juga anda membuat persediaan agar perjalanan anda ke sini berjalan dengan lancar dan tidak ada masalah. Antara persediaan yang perlu anda buat adalah seperti pastikan kesihatan anda berada dalam keadaan yang baik bagi mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika anda mendaki dan jika mempunyai penyakit boleh minta nasihat daripada doktor terlebih dahulu sekiranya dibenarkan atau tidak untuk membuat aktiviti mendaki. Kalau anda sihat, pastikan juga stamina anda berada dalam tahap yang baik agar mudah untuk anda mendaki nanti.
Walaupun puncak bukit ini jauh dari tempat letak kereta atau titik permulaan (starting point), namun terdapat juga beberapa kemudahan yang telah disediakan di sini untuk para pengunjung yang datang ke puncak bukit ini. Antara kemudahan yang terdapat di sini adalah seperti :
Kemudahan :
01. Tempat bergambar
02. Tempat duduk
03. Jualan minuman
04. Tandas
05. Laluan bertali
06. Laluan bertangga
07. Pondok rehat
08. Buaian
Untuk ke sini, sebaiknya anda memandu kereta sendiri, tapi kalau tidak ada kenderaan sendiri bolehlah menyewa kenderaan dari mana-mana syarikat yang menyewakan kereta (yang penting anda ada lesen memandu). Ini adalah bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari sini sekaligus dapat juga melawat tempat menarik lain disekitar daerah Kota Marudu. Kalau mahu naik bas boleh juga tetapi bas biasanya mengikut masa untuk jalan dan pastikan anda ikut bas yang menuju ke Kota Marudu dan bila sampai di Kota Marudu bolehlah sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain.
Waktu operasi :
Setiap hari : 6 pagi - 6 petang
Setiap hari : 6 pagi - 6 petang
Bayaran masuk :
Dewasa 12 tahun ke atas : RM2.00
Kanak-kanak 7-11 tahun : RM1.00
Dewasa 12 tahun ke atas : RM2.00
Kanak-kanak 7-11 tahun : RM1.00
Kanak-kanak 0-6 tahun : Percuma
Bayaran sijil :
Bayaran sijil :
Seorang : RM10.00
Harga bayaran masuk dan waktu operasi di atas mungkin boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keadaan semasa. Oleh itu sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan Bukit Mundan seperti alamat di bawah ini :
Alamat :

Mundan Hill
Kampung Talantang 1,
89100, Kota Marudu,
Kampung Talantang 1,
89100, Kota Marudu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 019-322 3980
Website : Mundan Hill
Telefon : 019-322 3980
Website : Mundan Hill
Ulasan
Catat Ulasan