Bungkau merupakan salah satu lagi alat muzik tradisional Sabah. Alat muzik ini merupakan alat muzik tradisi bagi suku kaum Kadazan-Dusun yang banyak digunakan di daerah seperti Ranau.
Bungkau merupakan salah satu alat muzik tradisional di Sabah yang biasanya digunakan oleh suku kaum Kadazan Dusun. Alat ini termasuk dalam kategori aerofon dan tidak ada saiz yang ditetapkan untuk membuatnya tapi selalunya orang akan membuat dalam 7 hingga 8 inci terpulang pada orang yang ingin membuat atau memainkan alat muzik ini
Alat muzik ini buat daripada kayu polod dan lampakid. Manakala penutup nya pula adalah diperbuat daripada buluh. Bahagian badannya pula diperbuat daripada kulit luar kelapa yang juga dikenali sebagai polod orang suku kaum Kadazan Dusun. Untuk membuat alat ini,orang yang membuatnya hendaklah mempunyai kemahiran yang tinggi agar dapat membentukkan alat muzik ini dengan lebih sempurna agar dapat menghasilkan rentak bunyi yang baik.
Untuk memainkan alat muzik ini ialah dengan menggetarkan dibahagian hujung alat muzik ini dengan menggunakan ibu jari dan ianya akan automatik mengeluarkan bunyi tetapi lebih perlahan, namun alunan muzik atau bunyi tersebut akan menjadi besar apabila orang yang memainkannya meletakkan alat muzik ini berada hampir dengan bahagian mulut mereka yang mana akan mengeluarkan bunyi lebih kuat.
Pelbagai bentuk irama dan bunyi yang akan dapat dikeluarkan apabila si pemain alat muzik ini menggerakkan bentuk mulut dan keududukan lidah mereka. Apabila selesai bermain alat muzik ini, ia akan disarungkan dalam tiub buluh yang sudah disiapkan agar ia dapat mengelakkan alat muzik ini dari kekotoran dan dapat mengelakkannya daripada cepat rosak.
Bungkau selalu dimainkan apabila tibanya musim menuai, yang mana alat ini akan dimainkan di kawasan sawah padi agar dapat menghiburkan kawan yang lain. Selain itu ia juga biasa dimainkan apabila adanya persembahan atau majlis keramaian yang mengadakan acara nyanyian.
Alat muzik ini juga banyak dimainkan atau digunakan sebagai alat muzik tambahan bersama dengan alat muzik tradisional yang lain seperti sompoton dan tongkungon agar dapat mengeluarkan pelbagai lagi rentak muzik yang dipersembahkan lebih-lebih lagi apabila dimainkan secara beramai-ramai atau juga berkumpulan.

Ulasan
Catat Ulasan