Langkau ke kandungan utama

De Borneo Waterpark Kota Kinabalu

De Borneo Waterpark merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Waterpark ini adalah sebuah taman yang bertemakan air dan terletak di Jalan Kepayan ,Kota Kinabalu Sabah. 

DE BORNEO WATER PARK 

Credit Gambar : De Borneo

De Borneo Water Park (Taman Tema Air De Borneo) merupakan salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang boleh dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negar yang datang melawat ke Sabah. Taman ini adalah taman tema air dan taman rekreasi yang sesuai untuk seisi keluarga beriadah ketika hujung minggu atau ketika cuti sekolah dengan membawa anak-anak main dan mandi dikolam air yang disediakan.

Terdapat pelbagai aktiviti bertemakan air yang boleh dilakukan para oleh pengunjung ketika datang berkunjung ke sini iaitu seperti berkayak, mandi di kolam, permainan meluncur yang amat sesuai untuk golongan kanak-kanak dan dewasa. Selain itu terdapat juga beberapa aktiviti permainan lain seperti paddle boat, kereta api dan juga bumper car yang disediakan di sini. Ini pasti akan membuatkan anda sekeluarga lebih tertarik untuk ke sini.


Kalau anda datang ke sini mandi, sebaiknya anda bawa beberapa keperluan yang perlu di bawah untuk melakukan aktiviti bertemakan air ini. agar lebih memudahkan ketika anda berada di sini. Antara beberapa keperluan yang boleh anda bawa adalah seperti :
01. Pakaian kering/lebih
02. Pakaian mandi (tutup aurat)
03. Selipar
04. Kaca mata hitam
05. Sarung telefon kalis air
06. Pelampung untuk kanak-kanak

Terdapat juga beberapa kemudahan yang disediakan kepada pengunjung seperti tandas, bilik persalinan dan lain-lain lagi. Locker untuk simpan barang juga turut ada disediakan di sini untuk memudahkan anda menyimpan barang anda lebih selamat. Locker ini dikenakan bayaran dan bayarannya adalah termasuk dalam harga tiket masuk ke taman ini. Boleh bertanya dengan orang atau petugas taman ini untuk pastikan ketika membuat pendaftaran masuk

Para pengunjung yang ingin ke sini boleh menaiki kereta sendiri, menaiki bas dari bandar Kota Kinabalu atau boleh juga menggunakan perkhidmatan teksi dan e-hailing yang lain. Pilihan lain adalah anda boleh menyewa kenderaan untuk pandu sendiri (pastikan anda ada lesen). Lebih mudah untuk bergerak ke tempat menarik lain sekiranya memandu kenderaan sendiri atau menyewa.


Waktu operasi :
Setiap hari 
: 10 pagi - 6 petang
(Termasuk cuti umum)

Bayaran masuk :
Dewasa : RM35.00
Kanak-kanak (4 -11 tahun) : RM35.00
Kanak-kanak 3 tahun ke bawah : Percuma

Sebarang maklumat atau pun pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan De Borneo Waterpark Kota Kinabalu seperti alamat di bawah :

Alamat :
De Borneo Waterpark Kota Kinabalu
Jalan Kepayan, Lorong Kepayan 2,
88200, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 017-890 1919
Website : facebook.com/DeBorneoWaterpark/

Nota :

1. Sekiranya membawa anak-anak ke taman ini, sila pastikan anda membawa Mykid mereka untuk mengelakkan daripada dikenakan bayaran.

2. Jangan lupa untuk sediakan pakaian lebih atau pakaian ganti sekiranya anda sekeluarga ingin datang dan mandi di taman tema air ini.

Ulasan

Catat Ulasan