Langkau ke kandungan utama

D'Kolam Acong

D'Kolam Acong adalah salah satu tempat menarik di Sabah. Taman rekreasi menarik ini terletak di daerah Beluran, Sandakan, iaitu kira-kira 90 km dari Pusat Bandar Sandakan, Sabah.

D'KOLAM ACONG


D'Kolam Acong adalah salah satu tempat menarik di Beluran yang anda harus pergi sekiranya dapat bercuti ke daerah Sandakan ataupun Beluran untuk merasa ikan air tawar yang terdapat di kolam ini. D'Kolam Acong merupakan satu pusat rekreasi yang terletak di Kampung Kolapis, Beluran iaitu kira-kira 9 km atau 13 minit perjalanan dari Pekan Beluran dan 100 km atau 1 jam 40 minit perjalanan dari Bandar Sandakan. Tempat ini menjadi salah satu tarikan utama penduduk di sekitar daerah Beluran untuk datang ke sini pada musim cuti atau di hujung minggu.

Pusat rekreasi ini tidak terlalu besar tetapi tempat ini sudah pasti akan dapat memberikan anda satu kepuasan apabila datang berkunjung ke sini. Ia adalah satu pusat rekreasi dan riadah yang amat sesuai untuk seisi keluarga untuk datang ke sini pada musim cuti sekolah atau ketika hujung minggu. Masih ramai lagi penduduk luar yang tidak tahu akan tempat ini kerana ia terletak di dalam kawasan perkampungan dan kebanyakkan dari mereka hanya tahu Air Terjun Bakong-Bakong saja jika di daerah ini.


Jadi kepada yang baru tahu akan adanya D'Kolam Acong ini, tempat ini adalah tempat rekreasi yang boleh anda lakukan beberapa aktiviti menarik, antara aktiviti yang anda boleh buat jika berada di sini tentunya yang paling utama adalah memancing yang amat sesuai kepada mereka yang suka dengan aktiviti memancing. Dengan menggunakan nama tempat 'Kolam' sudah pasti di fikiran kita akan terus terfikir tentang memancing, dan di sini adalah sangat sesuai kepada yang mahu memancing ikan yang bersaiz lebih besar seperti ikan telapia dan lain-lain lagi.

Di kolam ini mereka ada membuat penternakan atau pembenihan ikan, jadi memang banyak ikan yang berada di dalam kolam ini. Namun ia terpulang pada anda sama ada ingin memancing ikan di sini atau pun melakukan aktiviti yang lain. Antara aktiviti lain adalah berjalan di jambatan yang disediakan khas untuk berjalan-jalan kawasan laut, tapi bukan dipantai cuma berjalan di jambatan saja sambil melihat pemandangan laut yang indah dan terbentang luas. Dekat kawasan bakau sebelum ke laut tu ada tempat duduk, jadi anda boleh duduk kalau penat berjalan atau boleh juga duduk di kafe mereka yang berada dekat dengan kolam sambil makan atau minum.

Di kafe ini mereka ada sediakan banyak menu makanan untuk anda pilih yang mana menu anda suka. Antaranya ada ikan bakar, ayam grill, makanan laut dan lain-lain lagi yang pasti akan membuat anda lebih tertarik. Kalau anda rasa suka tempat ini, anda boleh buat majlis-majlis juga di sini seperti majlis kahwin, majlis makan-makan dengan kawan dan sebagainya kerana di sini memang ada menyediakan perkhidmatan untuk acara keramaian atau majlis tersebut. Kalau ajak kawan ramai-ramai makan di sini memang seronok lebih-lebih lagi dengan makanan seperti ikan bakar dan makanan laut yang sudah pasti membuka lagi selera.

Kalau anda datang ke sini hanya untuk membungkus makanan pun boleh juga sebab di sini boleh pesan makanan untuk dibungkus dan bawa balik. Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal sekitar daerah Beluran yang mahu merasa makanan seperti ikan bakar, ayam grill atau makanan laut memang jauh jika mahu ke bandar, jadi boleh datang ke sini saja bungkus dan bawa balik. Dan boleh juga sekali terus jalan-jalan di jambatan yang mengarah ke laut sambil menunggu hidangan atau pesanan anda siap dimasak.

Maklanjut lanjut atau pun jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak D'Kolam Acong di alamat seperti di bawah ini :

Alamat : 
D'Kolam Acong
Poskod 90100, Beluran,
Sabah, Malaysia.

Nota :

01. Kalau bawa kanak-kanak ke sini pastikan sentiasa perhatikan mereka sebab di sini ada kolam, takut kanak-kanak kecil masuk ke kolam. Ini adalah untuk keselamatan mereka.

02. Kalau mahu memancing bolehlah sediakan peralatan memancing awal-awal jadi senang untuk anda melakukan aktiviti memancing sama ada pada waktu siang atau malam.

03. Kalau ingin pergi berjalan melihat laut pastikan pegang anak-anak jika anda membawa mereka bersama. Ini adalah untuk menjaga keselamatan mereka.

Ulasan