Langkau ke kandungan utama

Gong

Gong atau Tagung merupakan salah satu alat muzik tradisonal negeri Sabah. Gong biasanya banyak dimainkan ketika sambutan majlis keramaian atau pun sambutan majlis rasmi.

GONG



Gong merupakan salah satu alat muzik tradisional negeri Sabah. Gong juga dikenali dengan nama Tagung dan merupakan alat tradisional yang sangat popular dikalangan masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah. Walaupun gong ini popular dikalangan etnik Kadazan-Dusun, namun gong ini juga digunakan oleh etnik-etnik yang lain di seluruh Sabah.

Terdapat banyak bentuk atau saiz gong kerana ada kecil, sederhana dan besar. Setiap gong-gong ini juga mempunyai bunyi yang berbeza. Biasanya gong yang bersaiz kecil akan mengeluarkan bunyi yang lebih nyaring berbanding gong yang lain.

Gong diperbuat daripada bahan yang keras seperti besi dan tembaga. Bagi gong yang diperbuat daripada besi, besi tersebut akan diketuk menggunakan tukul khas yang dibuat untuk menghasilkan bentuk gong. 
Manakala bagi bahan tembaga pula ia akan dipanaskan dan dicairkan terlebih dahulu kemudian akan dimasukkan ke dalam bekas atau acuan gong dan dibiarkan sehingga ianya mengeras dan membeku, kemudian baru dibentukkan menjadi gong.


Oleh kerana kerja membuat gong daripada tembaga lebih sukar berbanding menggunakan besi, maka harga bagi gong tembaga lebih mahal iaitu sekitar RM2000 (dua ribu ringgit) sebiji, manakala harga gong yang diperbuat daripada besi cuma sekitar RM200 sebiji.

Gong atau Tagung banyak dimainkan ketika menyambut majlis tertentu seperti majlis keramaian, perayaan dan majlis rasmi. Jumlah Gong yang digunakan ketika membuat persembahan adalah sebanyak 7 buah. Namun bilangan gong yang dimainkan boleh lebih dari itu mengikut keadaan tertentu, dan ada kalanya boleh sampai 36 gong digunakan.

Bagi suku kaum Bajau dan Kadazan-Dusun, alat muzik ini selalunya akan di mainkan ketika majlis perkahwinan dan ia dimainkan bersama dengan muzik tradisionla yang lain bagi memeriahkan lagi majlis tersebut sambil diiringi dengan tarian tradisional sekali.

Apa yang lebih menariknya adalah adanya Pesta Gong Sabah yang diadakan setiap tahun dalam bulan Oktober di daerah Matunggong, Kudat, Sabah yang juga merupakan daerah pengeluar utama Gong untuk pasaran seluruh negeri Sabah. Jadi tidak hairanlah alat muzik ini begitu popular dikalangan seluruh masyarakat negeri ini.

Ulasan