Hospital Keningau

Hospital Keningau adalah salah sebuah Hospital Kerajaan yang terdapat di Sabah dan terletak di daerah Keningau iaitu kira-kira 1 km dari pusat bandar Keningau dan 105 km dari Kota Kinabalu

HOSPITAL KENINGAU



Hospital Keningau merupakan salah satu hospital kerajaan yang terletak di Bahagian Pedalaman Sabah. Hospital lama terletak 1 km dari Pusat Bandar Keningau dan hospital ini telah mula beroperasi sejak 13 Mei 1957 sebagai Cottage Hospital. Luas kawawan Hospital Keningau yang lama ini adalah kira-kira 9.2 hektar dan mampu menampung sehingga 150 buah katil.

Pada 8 Februari 2004, pihak kerajaan telah bersetuju untuk membina sebuah lagi Hospital Keningau baru yang dibina di atas kawasan seluas 11.15 hektar dan terletak di Jalan Apin-Apin iaitu lebih kurang 5 km atau pun 7 minit perjalanan dari Bandar Keningau. Hospital yang baru ini adalah lebih besar dan lebih luas serta mampu menampung sehingga 212 buah katil.


Hospital Keningau juga dilengkapi dengan beberapa peralatan moden seperti Sistem Intermediate Hospital Information System iaitu salah sebuah sistem berkomputer untuk pengurusan para pesakit dan kakitangannya agar lebih teratur dan tersusun. Dengan ini akan memberikan lagi kemudahan kesihatan kepada kakitangan dan juga pesakit di sekitar daerah Keningau.

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Hospital Keningau di alamat seperti berikut :

Alamat :
Hospital Keningau

KM 5, Jalan Apin-Apin,
Keningau Sabah.
Tel : 087-313000
Faks : 087-331595
Website : https://hkgu.moh.gov.my/

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  


Ulasan