Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Keningau merupakan salah sebuah Institut Perguruan yang terdapat di Sabah dan terletak di Bahagian Pedalaman Sabah iaitu di dalam daerah Keningau.
IPGM KENINGAU
Kredit Gambar : Wikimedia
Kredit Gambar : Wikimedia
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Keningau merupakan salah satu IPGM yang terdapat di negeri Sabah. IPGM ini terletak di Bukit Langsat Keningau dan mempunyai tapak berkeluasan kira-kira 40 hektar yang telah mula dibina pada tahun 1982 dengan kos sebanyak RM32 juta dan siap sepenuhnya pada tahun 1984. IPGM Keningau terletak kira-kira 5 km dari bandar Keningau atau lebih kurang 8 minit perjalanan.
Perasmian Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau pula telah dibuat pada 16 Ogos 1988. Pada taikh yang sama ini juga telah berlangsungnya majlis konvokesyen untuk 250 orang guru pelatih Kursus Perguruan Asas (KPA) yang telah menamatkan kursus mereka sejak mula menjadi pelatih pada 4 Februari 1985.
Sebelum tahun 2005 Maktab Perguruan hanya memberikan program untuk Diploma Perguruan saja, namun selepas 13 Julai 2005 iaitu selepas Jemaah Menteri bersetuju untuk menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru, maka dengan itu IPG boleh menjalankan program untuk Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Kemduaian pada 6 Mei 2006 Maktab Perguruan telah secara rasminya dinaiktarafkan selaras dengan penjenamaan semula Maktab Perguruan yang mana membawa kepada pertukaran nama Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru termasuklah Intitut Pendidikan Guru Kampus Keningau.
Pada 16 Januari 2009, sekali lagi semua Institut Pendidikan Guru di Malaysia telah dinaiktarafkan dan nama Institut Pendidikan Guru juga telah sekali lagi ditukar kepada Instiut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), ini termasuklah juga IPG Keningau yang telah ditukar nama kepada IPGM Kenigau dan berada di pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Keningau di alamat seperti berikut :
Alamat :
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
Beg Berkunci No. 11,
Poskod 89009, Keningau
Sabah, Malaysia.
Tel : +6087-331444
Faks : +6087-331817

Ulasan
Catat Ulasan