Langkau ke kandungan utama

Keretapi Borneo Utara

Keretapi Borneo Utara (North Borneo Railway) adalah salah satu tempat menarik di Sabah. Keretapi ini terletak di Kota Kinabalu Sabah dan dimiliki oleh Sutera Harbour Resort, Kota kinabalu. 

KERETAPI BORNEO UTARA


Keretapi Borneo Utara (North Borneo Railway) merupakan salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang boleh pergi untuk melihat dan naik keretapi bersejarah dan masih lagi berfungsi dengan baik ini. Jadi kalau datang ke Sabah jangan lupa datang bercuti ke daerah Kota Kinabalu untuk naik keretapi ini Keretapi ini terletak di Tanjung Aru iaitu lebih kurang 3 km 7 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu. Keretapi Borneo Utara ini menarik kerana ia adalah keretapi yang menggunakan enjin stim yang menggambarkan seperti zaman British dahulu.

Keretapi yang menggunakan enjin stim telah lama berada di Sabah iaitu sejak tahun 1914, namun bermula pada tahun 1970 keretapi stim jenis ini telah mulakan digantikan dengan keretapi yang menggunakan minyak diesel yang dianggap lebih moden lagi. Keretapi stim ini kemudian diwujudkan kembali pada awal tahun 2000 sebagai salah satu tarikan pelancongan dan keretapi yang ada sekarang ini menggunakan cara pembakaran kayu untuk hidupkan enjin dan bukannya arang batu.


Keretapi ini mempunyai 5 gerabak kesemuanya yang mana gerabak ini dibuat daripada kayu-kayu di negeri ini dengan reka bentuk gerabak seperti gerabak awal tahun 1900. Setiap gerabak ini hanya boleh menampung 16 orang saja, jadi bermakna keretapi ini hanya membawa penumpang sebanyak 80 orang saja dalam satu-satu masa perjalanan. Jadi jangan lupa untuk naik keretaapi ini sekiranya berkunjung ke Sabah, yang mana ianya sudah pasti memberikan satu pengalaman yang cukup indah yang sukar untuk dilupakan buat anda.

Keretapi ini tidak hari-hari beroperasi, ia hanya beroperasi pada hari rabu dan juga hari sabtu saja. Keretapi ini akan membawa anda berjalan dari stesen di Tanjung Aru Kota Kinabalu ke Daerah Papar yang memakan masa kira-kira 5 jam pergi dan balik. Dari Tanjung Aru akan melintasi beberapa daerah kecil lain seperti Putatan, Kinarut dan Kawang sebelum sampai ke Papar dan di Papar keretapi akan berhenti rehat selama lebih kurang 30 jam, jadi anda bolehlah berehat dan bergambar-gambar. Di sini juga anda berpeluang melihat bagaimana keretapi tersebut ubah kedudukan gerabaknya sebelum mulakan perjalanan balik ke Kota Kinabalu.

Di sini tidak perlu risau pasal makan sebab harga tiket yang anda bayar tu sudah termasuk dengan sarapan pagi dan makan tengahari. Sarapan pagi yang dihidangkan biasanya adalah dari kuih-kuih tempatan negeri Sabah begitu juga dengan makanan tengahari yang mana menunya adalah menu makanan tradisional etnik-etnik di Sabah. Jadi anda boleh pilih yang mana saja menjadi pilihan anda sambil menikmati perjalanan menaiki keretapi ini yang sungguh menarik.

Jangan lepaskan peluang menarik dengan menaiki keretapi zaman koloni ini dan rasailah suasana keadaan seolah-olah anda berada di zaman dahulu iaitu pada zaman koloni. Untuk ke sini pengunjung dari luar Kota Kinabalu boleh datang ke Bandar Kota Kinabalu kemudian boleh naik teksi atau pun naik perkhidmatan e-hailing yang lain dan beritahu pemandu tersebut untuk menghantar anda ke stesen keretapi ini yang terletak di Tanjung Aru 
(yang penting sudah tempat awal-awal terlebih dahulu). Kalau memandu sendiri boleh terus saja ke stesen keretapi ini. Dan pastikan jangan tersalah stesen, sebab stesen keretapi Jabatan Keretapi Negeri Sabah berada tidak jauh dari stesen ini 

Waktu operasi :
Rabu dan Sabtu : 9.30 pagi - 2 petang
(Pastikan anda sampai sebelum 9.30 pagi)

Bayaran :
Tiket, sarapan dan makan tengahari : RM360.00 seorang
(harga mungkin berubah ikut keadaan)

Keretapi Borneo Utara ini diurus dan dikendalikan oleh pihak Sutera Harbour Kota Kinabalu jadi kalau anda ingin membuat tempahan atau ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak Sutera Harbour di alamat seperti di bawah ini :

Alamat :
Sutera Harbour
Poskod 88100, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon :+6088-318 888 / +6088-308 500
Website : www.suteraharbour.com

Nota :

01. Jika sudah membuat tempahan, jangan lupa untuk datang ke stesen keretapi ini sebelum jam 9.30 sebab takut pula kalau terlewat akan terlepas perjalanan.

02. Sentiasa ikuti peraturan yang ditetapkan oleh pihak Suteraharbour ketika anda menaiki Keretapi Borneo Utara ini untuk kebaikan dan keselamatan anda.

Ulasan