Langkau ke kandungan utama

Kolej Inti

Kolej Inti juga dikenali sebagai Kolej Universiti Antarabangsa Inti. Kolej Inti merupakan salah satu Institusi Pendidikan Swasta di Sabah dan terletak di daerah Kota Kinabalu.

KOLEJ INTI SABAH



Kolej Inti merupakan salah sebuah Institusi Pendidikan Swasta yang terdapat di Sabah. Kolej ini mula ditubuhkan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur manakala di Sabah pula Kolej Inti telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan terletak di Putatan iaitu kira-kira 15 mini perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu Sabah. 

Kolej Inti telah memilih nama ini adalah bagi mencerminkan penekanan kolej terhadap mutu pendidikan yang menjadi tujuan kolej ini ditubuhkan yang mana perkataan 'INTI' itu sendiri membawa pengertian intipati.

Kolej ini telah menerima pelbagai anugerah sejak mula ditubuhkan, antara anugerah tersebut adalah Anugerah Kecemerlangan Industri (Pendidikan Eksport) yang telah diberikan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri pada masa itu. Anugerah lain adalah Anugerah Status Koridor Raya Multimedia pada tahun 2000 manakala Anugerah Daya Cipta Dan Inovasi pula telah diterima pada tahun 2004 melalui Kementerian Perdagangan Dan Industri Antarabangsa Malaysia.


Terdapat banyak kemudahan yang disediakan untuk para pelajar yang melanjutkan pengajian di kolej ini, antara kemudahan yang ada disediakan di sini adalah :
1. Makmal komputer
2. Perpustakaan
3. Padang sukan
4. Kelas kuliah
5. Dewan serbaguna
6. Internet 
7. Dan lain-lain lagi

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Kolej Inti Kota Kinabalu di alamat seperti di bawah ini :

Alamat :
Kolej Inti Kota Kinabalu
Lot 17-20, Phase 1B & Phase 3,
Jalan Kompleks JKR,
Taman Putatan Baru, Putatan Point,
88200, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia
Tel : 088-765701
Website : www.newinti.edu.my

Ulasan