Kuih Bangkek merupakan salah satu kuih tradisional di Sabah. Kuih ini sangat diminati oleh seluruh penduduk Negeri Sabah. Kuih ini juga adalah kuih tradisi bagi suku kaum Bugis.
KUIH BANGKEK
Kredit Gambar : Kuihbangkek2u
01. Tepung gandum 1kg atau 2kg (terpulang)
02. 1 Mangkuk minyak masak
03. 1 mangkuk telur
04. 1 atau 2 mangkuk gula
05. 1 bungkus tepung jagung
06. 1 biji kelapa parut
07. 1 cawan gula halus
08. Serbuk penaik (kalau mahu guna)
Cara penyediaanya :
01. Parut kelapa terlebih dahulu, selepas itu goreng sehingga bertukar warna menjadi warna perang dan ramas untuk menjadikan kelapa yang digoreng itu menjadi lebih halus.
02. Ketuk telur menggunakan sudu, kemudian masukkan gula, minyak masak, kelapa goreng tadi dan juga tepung jagung dan kacau sehingga sebati.
03. Masukkan tepung gandum kemudian uli adunan itu dengan menggunakan tangan sehingga ia tidak lagi melekat di tangan.
04. Kalau adunan terlalu banyak boleh potong beberapa bahagian, kemudian ambil potongan pertama dan letak di atas apa-apa yang boleh digunakan iaitu seperti papan pemotong atau talam.
05. Letakkan plastik di atas papan atau talam, letak potongan adunan di atas plastik tersebut dan letak lagi 1 lapisan plastik di atas adunan tersebut (jangan lupa sapu minyak pada kedua-dua lapisan plastik itu terlebih dahulu)
06. Kemudian canaikan potongan adunan tadi menggunakan penggolek atau guna tangan saja pun boleh sehingga menjadi nipis.
07. Terapkan adunan yang sudah jadi nipis tadi menggunakan acuan (acuan tu biasanya banyak corak, jadi terpulang pada anda mahu guna yang mana).
08. Adunan yang sudah diterap kemudian diletak di loyang pembayar (loyang tu sapukan dengan minyak terlebih dahulu), kemudian bakar adunan tersebut sehingga masak. Kalau guna pembakar moden mungkin boleh set masa, kalau guna oven jenis lama selalu tengok kuih tu sebab takut hangus. Biasanya ia masak kalau sudah warna kekuningan pada permukaannya.
09. Kalau sudah masak, keluarkan loyang dari pembakar dan simpan di mana-mana tempat yang sesuai terlebih dahulu sambil menunggu ia sejuk dan boleh masak adunan yang lain juga.
10. Bila sudah sejuk boleh terus simpan di dalam bekas yang boleh ditutup rapat agar kuih tersebut tidak masuk angin.
Nota :
Kuih Bangkek adalah salah satu kuih tradisional di Sabah. Kuih ni merupakan kuih tradisi bagi suku kaum Bugis dan ia sangat popular dikalangan penduduk negeri ini terutamanya yang tinggal di sebelah Pantai Timur Sabah seperti di Daerah Sandakan, Tawau dan Lahad Datu. Walaupun kuih ini kuih tradisional bagi suku kaum bugis tapi semua penduduk negeri ini sangat menyukainya lebih-lebih lagi apabila waktu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Raya Aidil Adha yang banyak dihidangkan di rumah-rumah suku kaum Bugis dan suku kaum lagi yang minat dengan kuih ini.
Kalau di Sabah kuih ini memang banyak dijual ketika dekat menjelangnya hari raya dan ramai yang menjual kuih ini di luar-luar kedai, di kereta dan sebagainya di sekitar bandar. Oleh itu kuih ini sangat senang dijumpa kalau ke bandar ketika dekat hari raya, jadi kalau yang baru ke Sabah jangan hairan jika ketika hari raya anda melihat rumah dari suku kaum lain pun ada yang menghidangkan kuih ini. Sekarang ini ramai pun ramai juga suku kaum lain yang sudah pandai membuat atau memasak kuih ini dengan meminta ajar dari kawan atau jiran terutamanya mereka yang mempunyai kawan atau jiran dari suku kaum Bugis.
Sebelum buat kuih ini sebaiknya sediakan dulu barang yang mesti ada untuk digunakan bagi membuat kuih bangkek ini iaitu seperi :
01. Acuan (boleh beli di kedai atau supermarket)
02. Penggolek (untuk canaikan doh)
03. Oven atau pembakar
Antara bahan-bahan yang biasanya digunakan untuk menyediakan atau memasak kuih bangkek ini adalah seperti :
Bahan-Bahan :
Kalau di Sabah kuih ini memang banyak dijual ketika dekat menjelangnya hari raya dan ramai yang menjual kuih ini di luar-luar kedai, di kereta dan sebagainya di sekitar bandar. Oleh itu kuih ini sangat senang dijumpa kalau ke bandar ketika dekat hari raya, jadi kalau yang baru ke Sabah jangan hairan jika ketika hari raya anda melihat rumah dari suku kaum lain pun ada yang menghidangkan kuih ini. Sekarang ini ramai pun ramai juga suku kaum lain yang sudah pandai membuat atau memasak kuih ini dengan meminta ajar dari kawan atau jiran terutamanya mereka yang mempunyai kawan atau jiran dari suku kaum Bugis.
Sebelum buat kuih ini sebaiknya sediakan dulu barang yang mesti ada untuk digunakan bagi membuat kuih bangkek ini iaitu seperi :
01. Acuan (boleh beli di kedai atau supermarket)
02. Penggolek (untuk canaikan doh)
03. Oven atau pembakar
Antara bahan-bahan yang biasanya digunakan untuk menyediakan atau memasak kuih bangkek ini adalah seperti :
Bahan-Bahan :
01. Tepung gandum 1kg atau 2kg (terpulang)
02. 1 Mangkuk minyak masak
03. 1 mangkuk telur
04. 1 atau 2 mangkuk gula
05. 1 bungkus tepung jagung
06. 1 biji kelapa parut
07. 1 cawan gula halus
08. Serbuk penaik (kalau mahu guna)
Cara penyediaanya :
01. Parut kelapa terlebih dahulu, selepas itu goreng sehingga bertukar warna menjadi warna perang dan ramas untuk menjadikan kelapa yang digoreng itu menjadi lebih halus.
02. Ketuk telur menggunakan sudu, kemudian masukkan gula, minyak masak, kelapa goreng tadi dan juga tepung jagung dan kacau sehingga sebati.
03. Masukkan tepung gandum kemudian uli adunan itu dengan menggunakan tangan sehingga ia tidak lagi melekat di tangan.
04. Kalau adunan terlalu banyak boleh potong beberapa bahagian, kemudian ambil potongan pertama dan letak di atas apa-apa yang boleh digunakan iaitu seperti papan pemotong atau talam.
05. Letakkan plastik di atas papan atau talam, letak potongan adunan di atas plastik tersebut dan letak lagi 1 lapisan plastik di atas adunan tersebut (jangan lupa sapu minyak pada kedua-dua lapisan plastik itu terlebih dahulu)
06. Kemudian canaikan potongan adunan tadi menggunakan penggolek atau guna tangan saja pun boleh sehingga menjadi nipis.
07. Terapkan adunan yang sudah jadi nipis tadi menggunakan acuan (acuan tu biasanya banyak corak, jadi terpulang pada anda mahu guna yang mana).
08. Adunan yang sudah diterap kemudian diletak di loyang pembayar (loyang tu sapukan dengan minyak terlebih dahulu), kemudian bakar adunan tersebut sehingga masak. Kalau guna pembakar moden mungkin boleh set masa, kalau guna oven jenis lama selalu tengok kuih tu sebab takut hangus. Biasanya ia masak kalau sudah warna kekuningan pada permukaannya.
09. Kalau sudah masak, keluarkan loyang dari pembakar dan simpan di mana-mana tempat yang sesuai terlebih dahulu sambil menunggu ia sejuk dan boleh masak adunan yang lain juga.
10. Bila sudah sejuk boleh terus simpan di dalam bekas yang boleh ditutup rapat agar kuih tersebut tidak masuk angin.
Nota :
01. Kalau tiada kelapa, boleh juga guna kacang yang digoreng kering (tanpa minyak) kemudian diblender sehingga halus. tapi kuih ini memang biasa orang buat guna kelapa.
02. Kalau guna oven lama sentiasa lihat adunan yang dibakar, pastikan warna permukaannya menjadi warna kekuningan jika ia sudah masak.
03. Simpan ditempat /bekas yang boleh ditutup rapat agar tidak masuk angin sebab kalau masuk angin kuih bangkek tersebut tidak sudah rangup dan tidak sedap untuk dimakan.

nama siapa dan bila post ni,diperlukan untuk kk sj sem2
BalasPadam