Kuih Lidah Buaya

Kuih lidah buaya merupakan salah satu kuih tradisional di Sabah. Kuih ini sangat diminati oleh seluruh penduduk negeri Sabah tidak mengira peringkat umur sama ada tua atau muda.

KUIH LIDAH BUAYA



Kuih Lidah Buaya juga dikenali dengan pelbagai nama, ada yang sebut kuih lidah, kuih susu, kuih tiram dan lain-lain lagi. Walaupun kuih ini disebut dengan bermacam panggilan namun kuihnya adalah tetap sama. Kebanyakkan penduduk di Sabah sangat meminati kuih ini terutama sekali bagi suku kaum Melayu-Brunei. Kuih ini memang sedap dimakan lebih-lebih lagi jika ianya dimasak dengan rangup dan disaluti gula yang dikisar pasti akan membuka lagi selera dan boleh makan sampai beberapa biji atau bungkus.

Di Sabah kuih ini banyak dijual tidak kira sama ada dipasar kuih, gerai-gerai, supermarket, dengan kelebihan kuih ini yang boleh bertahan lama maka tidak hairanlah kuih ini banyak dijual di supermarket. Tapi yang dijual di kedai atau supermarket biasanya yang sudah dibungkus dalam pek plastik, ia adalah agar kuih tersebut lebih mudah untuk dibeli orang ramai dan juga dapat mengelak daripada tercemar dan tidak mudah rosak. Jadi kalau ada yang ingin mencuba dahulu kuih ini bolehlah ke kedai atau supermarket untuk beli dan rasa, kalau anda rasa sedap dan ingin buat sendiri bolehlah buat sendiri nanti.


Antara bahan-bahan yang biasanya digunakan untuk menyediakan atau memasak hidangan kuih lidah buaya ini adalah seperti beriku :

Bahan-bahan :

01. Tepung gandum 1kg (ikut berapa banyak mahu buat)
02. Minyak masak
03. 1 cawan tepung ubi
04. 1 sudu garam (atau secukup rasa)
05. 1 cawan mentega/marjerin
06. 2 cawan air 
07. 1 cawan gula kasar/halus (di blender)
08. Setengah cawan minyak masak (campur tepun ubi) 

Cara penyediaanya :

01. Masukkan air dalam bekas kemudian masukkan garam, tepung gandum, minyak masak dan mentega/marjerin dan gaulkan semua sekali sehingga ia menjadi doh (kalau rasa doh keras boleh tambah air lagi).

02. Bila adunan tadi sudah menjadi doh, ambil sedikit demi sedikit lepas itu lebarkan bentuknya hingga menjadi nipis (tapi jangan terlalu nipis).

03. Selepas sudah lebar-lebarkan tadi sapukan dengan tepung ubi yang telah dicampur dengan minyak masak. Pastikan tepun ubi tidak terlalu pekat, jika pekat bolehlah tambah sikit lagi minyak.

04. Doh yang telah siap disapu dengan tepun ubi, bolehlah digulung sampai ke hujung kemudian potong (terpulang pada anda mahu sazi macam mana).

05. Selepas siap potong bolehlah goreng hingga ia nampak kekuningan, lebih baik guna api yang sederhana saja dan gaul sehingga nampak lipatan terbuka sikit.

06. Apabila sudah masak, angkat dan tuskan minyak, kemudian sejukkan dulu terpulang beberapa minit asalkan ia sudah sejuk

07. Bila sudah sejuk bolehlah ditaburkan gula halus pada kuih lidah buaya tu, pastikan gula tu sudah di blender hingga halus. Kalau anda mahu tambah susu tepung nespray boleh juga.

Nota :

01. Jangan lupa blender gula sehingga halus sebelum tabur pada kuih tersebut.

02. Kalau mahu tambah susu tepung nespray boleh.

03. Goreng sehingga kekuningan dan nampak lipatan kuih tu ada terbuka.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan

Catat Ulasan