Langkau ke kandungan utama

Lagenda Nunuk Ragang Ranau

Lagenda Nunuk Ragang merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini merupakan salah satu mitos yang berkaitan dengan masyarakat Kadazan-Dusun dan terletak di Ranau Sabah.

LAGENDA NUNUK RAGANG


Sumber Gambar : Wikimedia

Lagenda Nunuk Ragang merupakan salah satu tempat menarik di Ranau. Nunuk Ragang dikatakan berkait rapat dengan suku kaum atau masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah. Masyarkat Kadazan-Dusun percaya bahawa asal usul mereka adalah dari satu tempat yang dinamakan Nunuk Ragang yang juga merupakan tapak lokasi asal rumah nenek moyang bagi kaum Kadazan-Dusun. Tempat ini sesuai dikunjungi oleh pelancong yang datang melancong ke daerah dan ingin mengetahui sejarah tempat ini.

Dikatakan juga rumah yang dibina pada masa itu terletak di bawah pokok beringin yang begitu besar dan mempu memberi teduhan kepada satu rumah panjang. Berhampiran dengan Nunuk Ragang ini terdapat 2 batang sungai yang mengalir ke Timur Ranau dan Tambunan yang bertemu/bergabung lalu mengalir ke Sungai Labuk. Di Sungai ini dikatakan juga merupakan tempat atau laluan bagi masyakarat Kadazan-Dusun berpindah ke seluruh tempat di Borneo Utara (Sabah).


Selain itu oleh kerana belum ada penanaman padi pada masa itu, masyarakat Nunuk Ragang berkerja sebagai pemburuan, mengumpul hasil hutan, menangkap ikan sungai dan bercucuk tanam antaranya sperti menanam ubi manis, keladi dan ubi kayu. 

Untuk ke sini pengunjung atau pelancong yang dari daerah lain seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau boleh menaiki bas yang menuju ke Ranau. Tapi sebaiknya memandu sendiri atau bole menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen) bagi memudahkan lagi perjalanan anda pergi dan balik anda dari sini dan melancong ke lokasi lain lagi.

Ulasan