Langkau ke kandungan utama

Lapangan Terbang Labuan

Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan merupakan salah satu lapangan terbang yang terdapat di Negeri Sabah dan lapangan terbang ini terletak di Wilayah Persekutuan Labuan.

LAPANGAN TERBANG LABUAN

Kredit Gambar : Wikipedia

Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan merupakan salah satu lapangan terbang yang terdapat di Negeri Sabah dan juga merupakan satu-satunya lapangan terbang yang terdapat di Pulau Labuan. Lapangan terbang ini terletak lebih kurang 4 km atau kira-kira 7 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Labuan. Lapangan terbang ini telah dinaiktarafkan dan kini ia mampu menampung sehingga 1 juta pengunjung dalam setahun. 

Lapangan Terbang Labuan yang mempunyai keluasan kawasan agak lebih besar juga boleh menerima pendaratan kapal yang besar seperti Boeing 747 dan Airbus A330. Ini sekaligus akan dapat menarik atau menampun lebih ramai lagi pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke Pulau Labuan.

Lapangan Terbang Labuan juga pernah dirancang untuk diambil dan dijadikan sebagai hab penerbangan serantau iaitu untuk penerbangan sambungan dalam negara-negara ASEAN namun ianya terpaksa ditangguhkan kerana masalah tertentu dan ianya juga dilihat tidak sesuai pada masa ini.

Antara syarikat penerbangan yang ada membuat penerbangan di Lapangan Terbang Labuan ini adalah seperti berikut :

01. AirAsia
02. Malaysia Airlines
03. MASWings

Ulasan