Lapangan Terbang Tawau merupakan salah sebuah lapangan terbang yang terdapat di negeri Sabah dan berada di bawah pengurusan Malaysia Airport Holding Berhad.
LAPANGAN TERBANG TAWAU
Lapangan Terbang Tawau merupakan salah sebuah lapangan terbang yang terdapat di Negeri Sabah. Lapangan terbang yang baru ini terletak kira-kira 31 km atau lebih kurang 35 minit perjalanan dari Pusat Bandar Tawau. Selain dari penerbangan domestik, Lapangan Terbang Tawau juga mengendalikan penerbangan antarabangsa seperti penerbangan ke Tarakan di Indonesia.
Lapangan Terbang Tawau yang pertama telah dibina pada tahun 1968 dan terletak di Jalan Utara iaitu lebih kurang 2 batu dari Pusat Bandar Tawau. Namun disebabkan beberapa peristiwa yang berlaku maka Lapangan Terbang Tawau telah dipindahkan ke lokasi yang baru dan tidak terlalu dekat dengan kawasan perumahan seperti sebelumnya.
Lapangan Terbang Tawau yang baru telah siap sepenuhnya dan dirasmikan pada tahun 2003 oleh Menteri Pengangkutan Malaysia pada masa itu iaitu Tun Dr. Ling Liong Sik dan keluasan tapak baru lapangan yang cukup besar menjadikan Lapangan Terbang Tawau yang kedua terbesar di Negeri Sabah.
Pada masa ini Lapangan Terbang Tawau membuat penerbangan atau menerima penerbangan domestik beberapa negeri iaitiu contohnya ke Kuala Lumpur, Sandakan, Kota Kinabalu, dan Johor Bharu. Manakala penerbangan antarabangsa yang dibuat lapangan terbang ini adalah ke Tarakan Indonesia, dan Brunei. Kini terdapat juga beberapa cadangan untuk menambahkan lagi penerbangan ke beberapa tempat di luar negara contohnya ke Makassar di Indonesia.
Antara syarikat penerbangan yang menjalankan penerbangan di Lapangan Terbang Tawau ini adalah seperti berikut :
01. Malaysia Airlines
02. MASWings
03. AirAsia
04. Batik Airlines

Ulasan
Catat Ulasan