Losun merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Makanan ini adalah makanan popular dan juga makanan tradisi bagi suku kaum Kadazan Dusun terutamanya di Pantai Barat Sabah.
LOSUN
Kredit Gambar : Miss Diaa
Losun merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah, ia adalah makanan tradisi bagi suku kaum Kadazan-Dusun. Selain daripada Losun, makanan ini juga dikenali dengan nama Tomboutung dan Lokio. Losun adalah sejenis pokok jenis bawang yang biasanya hidup liar dan banyak digunakan untuk dicampur dengan sayuran lain dan dijadikan sebagai sayur campur. Makanan ini sememangnya adalah amat popular dikalangan suku kaum Kadazan-Dusun sehinggakan ada dikalangan mereka yang telah mula menanam pokok losun ini di kawasan rumah atau di kebun-kebun agar ianya lebih mudah untuk diambil jika ingin memakannya.
Losun biasanya dicampurkan dengan bunga kantan dan cili yang kemudian di masak sekali seperti memasak sayur campur. Cili yang biasa digunakan ialah cili yang berwarna putih dan boleh juga dicampur dengan bahan-bahan lain agar lebih memberikan sedap kepada hidangan tersebut seperti meletakkan atau mencampurkan masakan tersebut dengan ikan bilis. Terdapat juga orang yang mengambil losun untuk dicampurkan dengan mee goreng atau pun soup agar dapat menambahkan rasa masakan tersebut sebab ia seolah-olah seperti bawang juga yang dapat memberikan rasa kepada makanan yang dimasak.
Antrara bahan-bahan yang biasanya digunakan untuk menghidang atau pun memasak sayur losun yang di campur dengan bahan-bahan lain adalah seperti berikut :
Bahan-bahan :
01. Sayur losun (terpulang berapa paket)
02. Gula secukup rasa
03. Garam secukup rasa
04. Ikan bilis
05. Minyak masak
06. Bawang putih
07. Bawang merah
Cara penyediaanya :
01. Panaskan minyak, sebaiknya api tidaklah terlalu besar, lepas itu goreng bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
02. Masukkan ikan bilis yang sudah dibersihkam dan goreng juga sehingga ia naik bau.
03. Masukkan sayur losun yang sudah anda bersihkan dan goreng sehingga masak macam anda sayur campur yang lain.
04. Sudah masak angat dan hidang
Nota :
1. Kalau tiada ikan bilis boleh ganti ikan masin
2. Sebaiknya cuci dulu losun dan bahan lain
3. Boleh tambah cili putih lagi jika mahu
4. Boleh tambah bunga kantan lagi jika mahu
5. Biasanya sayur losun dijual dalam paket yang sudah lengkap dengan lada putih dan bunga kantan
Ulasan
Catat Ulasan