Maliau Basin adalah merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Kawasan hutan ini adalah sebuah kawasan pemuliharaan hutan dan ia terletak di dalam daerah Telupid, Sandakan.
MALIAU BASIN
Alamat :
Maliau Basin atau juga disebut sebagai Sabah Lost World merupakan salah satu tempat menarik di dalam Bahagian Sandakan yang patut dikunjungi oleh anda penduduk tempatan ataupun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Sandakan dan ingin melihat hutan yang masih asli lagi. Kawasan pemuliharaan ini terletak di Telupid iaitu lebih kurang 178 km atau lebih kurang 3 hingga 4 jam perjalanan dari Bandar Sandakan dan kira-kira 92 km atau lebih kurang 1 jam 50 minit perjalanan dari Pekan Telupid. Maliau Basin adalah sebuah kawasan pemuliharaan hutan simpan.
Maliau Basin terletak jauh di tengah-tengah Negeri Sabah yang menyebabkan tempat ini dipanggil Sabah Lost World kerana lokasinya yang jauh di tengah Sabah dan kawasan ini masih tidak diterokai oleh manusia. Pada tahun 1981 Kumpulan Yayasan Sabah telah menetapkan Maliau Basin sebagai sebuah Kawasan Pemuliharaan dan kemudian pada tahun 1997 Kerajaan Negeri Sabah telah menetapkan kawasan ini sebagai Hutan Simpan Kelas 1 dengan keluasan kawasan hutan 588 kilometer persegi. Kawasan ini menjadi salah satu tempat kajian yang selalu dipilih oleh para pakar pengkaji biologi sama ada dari dalam mahupun pengkaji dari luar negara.
Pasti ada yang tertanya-tanya apa yang menariknya di kawasan hutan simpan yang jauh di tengah Negeri Sabah ini kan. Tempat ini sememangnya ada mempunyai tarikan tersendiri, kerana di sini anda akan dapat melihat kawasan hutan asli yang masih belum lagi dikacau dan diganggu oleh manusia. Selain itu anda juga dapat melihat di sini pelbagai jenis pokok dihutan yang tebal. Sambil berjalan meredah hutan, anda akan berpeluang melihat beratus jenis burung yang terdapat dihutan ini, jadi ini adalah tempat yang sesuai untuk para penggemar pemerhati burung.
Aktiviti lain yang boleh anda lakukan jika ke sini adalah seperti berjalan melihat hidupan liar, meredah hutan (jungle trekking), berjalan pada waktu malam dengan menaiki pacuan 4 roda sambil melihat hidupan liar pada waktu malam seperti gajah, beruang, harimau, monyet proboscis dan badak. Anda juga boleh berjalan pada waktu pagi untuk melihat pelbagai jenis burung yang keluar beramai-ramai mencari makanan pada waktu dan kalau ada peluang mungkin ada akan dapat lihat Monyet Daun Merah (Red Leaf Monkey) di atas kanopi yang pastinya akan membuatkan anda lebih teruja ketika berada di sini.
Selain daripada aktiviti melihat hidupan liar seperti di atas, pelancong juga biasanya ke sini untuk melakukan aktiviti meredah hutan untuk melihat air terjun yang ada di sini iaitu Air Terjun Maliau Basin. Semuanya pasti tahu air terjun ini adalah antara air terjun yang cantik dan unik dengan rupa bentuknya 7 tingkat seperti tangga yang akan memberikan anda peluang untuk mandi di air terjun yang cantik ini sambil mengambil gambar. Maliau Basin Studies Centre (MBSC) kemudiannya telah dibuka pada tahun 2011, dan dengan adanya pusat kajian ini maka bilangan kemudahan yang ada di sini juga turut dipertingkatkan lagi agar ianya lebih memudahkan lagi para pelancong yang datang melancong ke kawasan hutan simpan ini. Jadi kini anda tidak perlu risau lagi jika ke sini dan antara kemudahan yang ada ialah seperti:
Kemudahan :
1. Penginapan
2. Kafe/tempat makan
3. Bilik mesyuarat
4. Laluan pejalan kaki
5. Talian internet (Wifi)
6. Dan lain-lain lagi
Untuk ke sini sebaiknya anda menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan yang sah dan berdaftar, ini adalah bagi memudahkan segala urusan anda yang lain seperti permit masuk, penginapan, makanan dan lain-lain lagi. Biasanya bila ke sini anda akan bermalam seperti 4 hari 3 malam atau 5 hari 4 malam sebab lokasinya yang agak jauh dan memerlukan meredah hutan sebelum sampai ke tempat penginapan. Oleh kerana anda akan meredah hutan untuk sampai ke pusat Maliau Basin dan ke penginapannya, maka adalah lebih baik untuk membuat persediaan awal peralatan yang perlu di bawa :
Persediaan :
01. Baju yang cepat kering
02. Kasut yang sesuai
03. Stoking lintah
04. Air minuman
05. Topi/payung/baju hujan
06. Penghalau nyamuk
07. Beg Tidur
08. Peti pertolongan cemas
09. Peralatan mandi
Di atas ini sebilangan alat yang patut di bawa, anda boleh bawa apa yang di rasakan patut untuk dibawa, boleh sedia duit sikit sekiranya ingin mengupah porter untuk angkat barang anda.
Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan tempat ini iaitu Yayasan Sabah Group di alamat seperti di bawah ini :

Ibu Pejabat Yayasan Sabah Group
Menara Tun Mustapha,
P.O.Box 11623,
Poskod 88817, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088-326 300
Faks : +6089-326 424
Website : Yayasan Sabah
Nota :
1. Di sini anda patut bermalam paling kurang 4 hari 3 malam
2. Sediakan peralatan yang diperlukan untuk meredah hutan
3. Jangan lupa peralatan mandi

Ulasan
Catat Ulasan