Langkau ke kandungan utama

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu merupakan salah satu masjid utama bagi umat islam di Kota Kinabalu selepas Masjid Negeri Sabah negeri Sabah. yang terletak di Teluk Likas, Kota Kinabalu Sabah.

MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU



Masjid Bandaraya Kota Kinabalu terletak di Teluk Likas, Kota Kinabalu Sabah. Masjid ini telah mula dirancang pembinaannya pada tahun 1989 dan ia mula dibina pada tahun 1992, namun pada tahun 1993, pembinaan masjid ini terpaksa ditangguhkan atas sebab tertentu. Selepas tahun 1994, masjid ini telah disambung pembinaanya dan siap sepenuhnya pada 2 Februari 2000 dengan kos sebanyak RM34 juta.

Dengan dikelilingi air laut, Masjid Bandaraya Kota Kinabalau ini juga digelarkan Masjid Terapung yang memberikan satu pemandangan yang cukup indah dan mampu menarik perhatian pengunjung atau pelancong dari dalam dan luar negara.

Masjid ini mempunyai keluasan kawasan kira-kira 14 ekar dan mampu memuatkan sehingga 12 ribu orang jemaah dalam satu masa. Terdapat juga beberapa kemudahan di masjid ini iaitu Madrasah dan Mesin ATM.

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sentiasa terbuka untuk lawatan pelancong yang bukan beragama islam kecuali pada waktu solat. Setiap pelancong yang datang ke masjid ini juga dikehendaki memakai pakaian yang sopan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kota Kinabalu atau menghubungi terus pihak pengurusan masjid di alamat :

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Kg. Likas Kota Kinabalu
Tel : +6088-241461

Ulasan