Langkau ke kandungan utama

Masjid Daerah Papar

Masjid Daerah Papar merupakan masjid utama bagi penduduk islam di Pekan Papar Sabah dan dibawah  pentadbiran Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

MASJID DAERAH PAPAR

Sumber Gambar : Wikimedia
 
Masjid Daerah Papar terletak di Pekan Papar iaitu lebih kurang 700 meter sahaja jaraknya dari Pekan Papar. Masjid ini merupakan masjid bagi umat islam di sekitar Papar dan ianya berada di bawah pentadbiran dan pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Masjid ini dirasmikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu.

Masjid Daerah Papar merupakan tempat umat islam di sekitar daerah Papar menunaikan ibadah seperti solat fardhu, solat sunat hari raya dan pelbagai lagi program keagamaan. Terdapat juga beberapa tempat atau kemudahan yang telah disediakan di sini iaitu seperti :

Kemudahan :

01. Ruang solat lelaki
02. Ruang solat wanita
03. Ruang wuduk
04. Tempat letak kereta
05. Tempat letak kasut
06. Bilik air/tandas

Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh menghubungi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah atau menghubungi terus pihak pengurusan Masjid Daerah Papar.

Ulasan