Masjid Daerah Sandakan merupakan masjid utama bagi penduduk di sekitar daerah Sandakan dan juga kawasan sekitarnya. Masjid ini terletak di Jalan Buli Sim-Sim dalam daerah Sandakan, Sabah.
Jemaah yang ingin ke masjid ini boleh menaiki bas awam dari Bandar Sandakan dengan kadar tambang sekitar 70 sen hingga RM1.00 dan boleh juga menaiki perkhidmatan teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain serta pastikan beritahu pemandu yang anda mahu ke Masjid Daerah Sandakan.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Cawangan Sandakan atau menghubungi pihak pengurusan Masjid Daerah Sandakan :
MASJID DAERAH SANDAKAN
Masjid Daerah Sandakan merupakan masjid utama bagi penduduk di daerah Sandakan. Masjid ini terletak berhampiran dengan Kampung Sim-Sim Sandakan, iaitu lebih kurang 1.8 km atau kira-kira 5 minit memandu kenderaan dari Pusat Bandar Sandakan melalui Jalan Buli Sim-Sim. Rancangan untuk pembinaan Masjid Daerah Sandakan ini telah dimulakan selepas berlangsungnya perasmian meletakkan batu asas pembinaan masjid ini pada 20 Februari 1981 oleh YB Tan Sri Tengku Razali Hamzah yang juga merupakan Menteri Kewangan pada masa itu.
Kemudian bermula pada 11 Oktober 1982, Kerajaan Negeri Sabah telah mula mencari tapak yang lebih sesuai untuk pembinaan Masjid Daerah Sandakan ini dan akhirnya Kerajaan Sabah memutuskan untuk membina masjid ini ditapak yang ada seperti sekarang ini, seterusnya bermula pada 23 September 1985 projek pembinaan Masjid Daerah Sandakan telah mula dilaksanakan.
Setelah lebih kurang empat (4) tahun proses pembinaanya, akhirnya Masjid Daerah Sandakan telah siap dibina sepenuhnya pada bulan Disember 1989 dan majlis perasmian Masjid Daerah Sandakan ini telah disempurnakan pada 27 Julai 1990 iaitu bersamaan pada hari Jumaat oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong pada masa itu.
Masjid Daerah Sandakan mempunyai reka bentuk moden yang dianggap sebagai salah satu masjid di Sabah yang mempunyai reka bentuk yang unik dan lokasi masjid ini yang berada di tepi laut juga dapat memberikan satu pemandangan yang menarik dan indah ke arah laut yang terbentang luas.
Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Masjid Daerah Sandakan untuk kemudahan para jemaah dan juga orang ramai yang beragama islam yang datang ke sini sama ada untuk menunaikan solat ataupun melaksanakan program agama. Antara kemudahan yang disediakan di sini untuk kegunaan jemaah ialah seperti :

Kemudahan :
01. Ruang solat lelaki
02. Ruang solat wanita
03. Tempat letak kereta
04. Tempat wuduk
05. Meja/kerusi
06. Bilik mesyuarat
07. Bilik seminar
08. Dewan masjid
08. Tempat duduk
09. Tandas lelaki
10. Tandas wanita
11. Tempat simpan kasut/selipar
Jemaah yang ingin ke masjid ini boleh menaiki bas awam dari Bandar Sandakan dengan kadar tambang sekitar 70 sen hingga RM1.00 dan boleh juga menaiki perkhidmatan teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain serta pastikan beritahu pemandu yang anda mahu ke Masjid Daerah Sandakan.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Cawangan Sandakan atau menghubungi pihak pengurusan Masjid Daerah Sandakan :
Alamat :
Masjid Daerah Sandakan
Jalan Sim-Sim,
90000, Sandakan,
Sabah, Malaysia
Telefon : 089-224 567
Ulasan
Catat Ulasan