Masjid Daerah Tawau merupakan masjid utama bagi penduduk islam di daerah Tawau. Masjid Daerah Tawau juga berada di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.
MASJID DAERAH TAWAU
Masjid Daerah Tawau juga dikenali dengan nama Masjid Besar Tawau dan Masjid Al-Kauthar. Masjid ini merupakan masjid terbesar di Sabah yang mana Masjid Besar Tawau ini dapat menampung sehingga 17000 orang jemaah dalam satu-satu masa.
Kos pembinaan Masjid Daerah Tawau adalah sebanyak RM31.5 juta dan telah siap sepenuhnya pada Oktober 2002. Masjid Daerah Tawau telah di rasmikan oleh Yang Di-Petuan Agong pada masa itu iaitu Tuanku Syed Sirajuddin Tuan Syed Putra Jamalullail pada 12 Ogos 2004.
Masjid Ini mempunyai 2 tingkat yang mana tingkat pertama adalah tingkat untuk para jemaah lelaki dan tingkat kedua adalah untuk jemaah wanita. Terdapat juga beberapa kemudahan lain yang disediakan di Masjid Besar Tawau iaitu seperti perpustakaan, dewan seminar, pejabat pentadbiran dan tempat menyimpan kasut.
Selain itu terdapat juga sebuah kolam air yang besar disediakan untuk para jemaah yang lebih gemar menggunakan cara lama untuk berwuduk.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Cawangan Tawau atau menghubungi terus pihak pengurusan Masjid Besar Tawau.
Ulasan
Catat Ulasan