Langkau ke kandungan utama

Masjid Negeri Sabah

Masjid Negeri Sabah merupakan masjid utama bagi penduduk beragama Islam yang tinggal di Negeri Sabah khususnya di daerah Kota Kinabalu. Masjid Negeri Sabah ini terletak di Sembulan iaitu lebih kurang 4 km dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

MASJID NEGERI SABAH



Masjid Negeri Sabah merupakan masjid utama bagi Negeri Sabah. Masjid ini terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman Sembulan, iaitu kira-kira 4 km atau 7 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Kota Kinabalu. Masjid ini telah dimulakan pembinaanya pada tahun 1970 dan siap sepenuhnya pada tahun 1975 di atas kawasan seluas 14.5 ekar. Perasmian Masjid Negeri Sabah ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada 28 Jun 1977.

Reka bentuk Masjid Negeri Sabah adalah ia mempunyai dua tingkat iaitu ruang utama solat (untuk lelaki) dan ruang solat wanita ditingkat atas. Ruang utama solat dapat menampung sehingga 5 ribu orang jemaah dalam satu masa manakala ruang solat wanita di tingkat atas pula dapat menampung kira-kira 500 orang jemaah dalam satu-satu masa.

Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan kepada para muslim dan muslimat yang ingin menunaikan ibadah atau ingin membuat acara seperti kuliah, ceramah dan lain-lain lagi di sini. Antara kemudahan yang ada ialah dewan umum yang boleh menampung sehingga 2 ribu orang, ruang wuduk lelaki dan wanita, tempat letak kereta dan lain-lain lagi.

Di dalam kawasan Masjid Negeri ini terdapat beberapa makam atau pusara beberapa orang tokoh atau pemimpin islam negeri Sabah yang telah banyak membantu dan membangunkan negeri Sabah. Dan reka bentuknya masjid ini juga dianggap antara yang unik dan tercantik di Asia.

Oleh kerana masjid ini dibawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), jadi sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pihak Jheains Kota Kinabalu :

Alamat :
Ibu Pejabat JHEAINS
Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS,
Beg Berkunci No.103,
Poskod 88737, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-522 222
Faks : 088-248 324
 

Ulasan