Langkau ke kandungan utama

Masjid Pekan Membakut

Masjid Pekan Membakut merupakan masjid utama bagi penduduk islam di sekitar daerah Membakut. Masjid ini juga dibawah pentradbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

MASJID PEKAN MEMBAKUT



Masjid Pekan Membakut merupakan masjid utama bagi penduduk atau umat islam yang tinggal di sekitar daerah Membakut, Sabah dan kawasan-kawasan yang berhampiran.

Masjid Pekan Membakut terletak berhampiran dengan Pekan Membakut yang mana ianya memudahkan penduduk sekitar daerah Membakut pergi ke masjid ini menunaikan ibadah.

Masjid Pekan Membakut merupakan tempat umat islam sekitar daerah Membakut menunaikan ibadah seperti solat fardhu, solat sunat hari raya dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan.

Terdapat beberapa kemudahan di masjid ini untuk para jemaah seperti ruang solat untuk jemaah lelaki dan wanita, ruang wuduk, tapak letak kereta dan lain-lain lagi.

Masjid ini juga berada di bawah pentradbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak JHEAINS atau menghubuingi terus pihak pengurus Masjid Pekan Membakut.


Ulasan