Langkau ke kandungan utama

Masjid Universiti Malaysia Sabah

Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan masjid bagi penuntut-penuntut atau pelajar dan kakitangan di UMS. Masjid ini terletak di UMS Kota Kinabalu, Sabah.

MASJID UMS



Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu telah siap dibina pada 29 November 2002 dan telah dirasmikan oleh Tun Sakaran Dandai yang merupakan Yang Di-Pertua Negeri Sabah pada masa itu.

Masjid ini mempunyai 3 tingkat kesemuanya dan reka bentuk masjid ini adalah bertemakan reka bentuk dari Timur Tengah dan dianggap antara yang tercantik di Asia Tenggara.

Walaupun Masjid Universiti Malaysia Sabah ini terletak di dalam kawasan Kampus Universiti Malaysia Sabah namun ia turut menjadi pilihan dan tumpuan jemaah luar yang tinggal dan berkerja berhampiran dengan UMS untuk menunaikan ibadah terutama sekali pada hari Jumaat.

Masjid ini dilengkapi beberapa kemudahan antaranya adalah seperti dewan solat lelaki dan wanita, pejabat pentadbiran masjid, ruang wuduk lelaki dan wanita dan dewan kuliah. 

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah penghubungi pihak pengurusan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu, Sabah.

Ulasan