Langkau ke kandungan utama

Pantai Kelambu

Pantai Kelambu merupakan salah satu pantai yang terdapat di Sabah. Pantai Kelambu yang cantik ini terletak di dalam daerah Kudat, iaitu lebih kurang 35 km dari Bandar Kudat, Sabah.

PANTAI KELAMBU


Pantai Kelambu merupakan salah satu pantai yang cantik di negeri Sabah dan terletak di daerah Kudat iaitu kira-kira 35 km dari bandar Kudat. Pantai Kelambu juga merupakan salah satu pantai yang menjadi pilihan penduduk di sekitar daerah Kudat untuk beriadah ketika cuti atau di hujung minggu.

Pengunjung yang datang ke Pantai Kelambu ini akan dapat melihat air laut yang jernih dan pasir yang putih bersih sesuai untuk berjalan di tepi pantai sambil menikmati udara yang nyaman. Pengunjung juga boleh melihat matahari terbenal dari kawasan Pantai Kelambu yang sudah pasti memberi satu pemandangan yang cukup indah.


Pantai Kelambu juga adalah salah satu pantai menjadi pilihan pengunjung yang datang melepaskan tekanan dari kesibukan kerja atau kesibukan kota kerana pantai ini agak sunyi dan jauh dari kesibukan atau bunyi bising.

Untuk ke sini pengunjung boleh menaiki bas dari Kota Kinabalu yang menuju ke Kudat yang akan memakan masa kira-kira 2-3 jam perjalanan. Namun selepas itu pengunjung harus mencari kereta sewa untuk pergi ke pantai ini kerana tidak ada pengangkutan awam yang menuju ke sini. Oleh itu adalah lebih baik untuk pengunjung memandu sendiri kenderaan agar memudahkan segala perjalanan pergi dan balik.

Ulasan