Langkau ke kandungan utama

Pantai Layang-Layangan

Pantai Layang-Layangan merupakan salah satu pantai yang terdapat di Labuan. Pantai yang cantik ini terletak di Pulau Labuan, iaitu lebih kurang 11 km dari Bandar Labuan, Sabah.

PANTAI LAYANG-LAYANGAN


Pantai Layang-Layangan merupakan pantai yang cukup popular di Labuan. Pantai ini selalu dikunjungi oleh penduduk tempatan atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Labuan terutamanya ketika musim cuti persekolahan dan termasuk cuti di hujung minggu. Pantai ini terletak kira-kira 11 km dari Bandar Labuan. 

Pantai Layang-Layangan mempunyai pemandangan yang cukup indah dengan pasirnya yang putih bersih dan panjang. Lautnya juga kelihatan jernih dan bersih dan terbentang luas sudah pasti ianya akan memberikan ketenangan bila berehat di sini. Selain itu apa yang lebih menarik adalah pengunjung akan berpeluang untuk melihat keindahan matahari terbenam yang sememangnya cukup indah.


Selain daripada berkelah dan beriadah di pantai ini, terdapat juga aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini iaitu pengunjung boleh naik basikal atau menunggang kuda di tepi pantai sambil melihat pemandangan dan menghirup udara segar yang bertiup dari laut. Kalau tidak pandai bawa basikal atau naik kuda, berjalan-jalan ditepi pantai pun sudah cukup memberikan satu kepuasan kepada anda bila berkunjung ke sini.

Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan dikawasan pantai ini seperti lorong berbasikal untuk yang ingin melakukan aktiviti berbasikal, terdapat juga meja-meja perkelahan yang disediakan untuk para pengunjung sekiranya ingin santai dan menjamu selera bersama keluarga di meja yang disediakan. Kalau tidak bawa atau terlupa bawa makanan anda tidak perlu risau sebab di sini terdapat juga kedai makan. 

Nota :

1. Sentiasa berhati-hati apabila bermain atau mandi di air laut sebab kadang kala arus atau ombaknya boleh jadi kuat jadi sentiasalah berhati-hati untuk keselamatan diri anda dan juga keluarga terutamanya jika ada membawa anak-anak.

Ulasan