Langkau ke kandungan utama

Pasar Tamu Tertua

Tamu Kota Belud merupakan Pasar Tamu Tertua di Negeri Sabah. Pasar Tamu Kota Belud mula dibina pada 13 Disember 1878 dan tamu ini terletak di daerah Kota Belud, Sabah.

TAMU TERTUA




Tamu Kota Belud terletak di Pekan Kota Belud, Sabah. Tamu ini merupakan tamu tertua di negeri Sabah dan ia diwujudkan pada 13 Disember 1878 oleh seorang Residen British yang pertama di Tempasuk (nama lama Kota Belu) iaitu William Pretymen. Pelbagai jenis jualan yang ada seperti kraftangan, sayur-sayuran, makanan tradisional Sabah, peralatan dan lain-lain lagi yang pasti menarik perhatian para pengunjung.

Di tamu ini juga diadakan satu acara tahunan yang dipanggil 'Tamu Besar' yang mana ianya diadakan setahun sekali setiap penghujung bulan Oktober. Ketika sambutan 'Tamu Besar' ini, ramai peniaga dari seluruh negeri Sabah akan berkumpul di sini untuk menjual hasil atau barangan mereka sama ada berbentuk makanan, hasil kraftangan, hasil tanaman dan lain-lain lagi yang mungkin anda jarang jumpa atau lihat ketika hari-hari biasa di Sabah.


Ketika berlangsungnya 'Tamu Besar' hujung bulan Oktober, bukan saja jualan barangan yang diadakan, terdapat juga acara lain yang di adakan di sini seperti acara menunggang kuda oleh suku kaum Bajau Kota Belud dan juga pertandingan lumba kerbau dan pertandingan Ratu Serempak. Jadi kalau anda ingin melihat suku kaum Bajau yang di gelar 'Koboi Timur' atau Koboi Sabah' menunggang kuda, anda bolehlah datang ketika Tamu Besar ini berlangsung.

Tamu Pekan Kota Belud ini biasanya dibuka seawal jam 6 pagi lagi hinggalah jam 2 petang dan pengunjung yang ingin ke sini boleh menaiki bas atau teksi dari pusat bandar Kota Kinabalu ke Kota Belud dengan kos tambang seperti berikut :

01. Teksi : RM15.00 seorang / pergi sahaja
02. Bas : RM8.00 / pergi sahaja
Kadar tambang ini mungkin akan berubah mengikut keadaan.

Pilihan lain adalah anda menggunakan perkhidmatan e-hailing yang lain, atau boleh juga memandu kenderaan sendiri, kalau tiada kereta bolehlah menyewa kereta sekiranya anda ada lesen memandu jadi dapat memudahkan anda pergi dan balik ke sini.

Nota :
Sedia bajet lebih sikit sebelum datang ke sini, kerana anda mungkin akan buat pembelian yang lebih, sebab barang-barang jualan di sini kebanyakkannya menarik perhatian, lebih-lebih lagi jika sesuatu barang itu jarang di jumpa ketika hari biasa, contohnya buah-buahan, kraftangan dan makanan tradisi.

Ulasan