Langkau ke kandungan utama

Perpustakaan Cawangan Tanjung Aru

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tanjung Aru adalah salah sebuah perpustakaan yang terdapat di Sabah dan terletak di daerah Kota Kinabalu iaitu 4.9 km dari Bandar Kota Kinabalu, Sabah.

PERPUSTAKAAN TANJUNG ARU

Credit Gambar : Library Sabah

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tanjung Aru adalah salah sebuah perpustakaan yang terletak di Pantai Barat Negeri Sabah iaitu di daerah Kota Kinabalu lebih kurang 4.9 km atau 10 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu. Perpustakaan Cawangan Tanjung Aru dibina adalah bagi memberikan perkhidmatan kepada orang ramai yang tinggal disekitar Tanjung Aru. Perpustakaan ini telah siap di bina sepenuhnya pada 1 April 2019 dan mempunyai 7 tingkat serta terletak di atas tanah atau kawasan yang seluas 3 ekar. 

Perpustakaan ini terletak berhampiran dengan Taman Perdana dan juga Plaza Tanjung Aru, jadi kalau sudah dari perpustakaan bolehlah melawat terus sekali ke Taman Perdana tersebut. Terdapat kemudahan yang telah disediakan disetiap tingkat bangunan perpustakaan ini untuk memudahkan pengunjung yang datang ke sini pergi ke tingkat mana yang perlu mereka naik.


Antara beberapa perkhidmata atau kemudahan yang telah disediakan untuk orang ramai yang datang ke perpustakaan ini adalah seperti :

Tingkat Bawah :
- Kaunter pendaftaran
- Bahan majalan / surat khabar
- e-Sumber
- Kawasan pameran
- Kafe kertas dan dakwat
- Kedai cenderamata

Tingkat 1 :
- Perpustakaan kanak-kanak
- Kawasan kejururawatan

Tingkat 2 :
- Perpustakaan remaja
- Studio jamming
- Studio petrosains

Tinkat 3 :
- Perpustakaan pinjaman
- Ruang buat SKMM

Tingkat 4 :
- Perpustakaan rujukan
- Surau 

Tingkat 5 :
- Bilik serbaguna

Tingkat 6 :
- Tempat kakitangan

Oleh itu jangan lupa untuk datang ke perpustakaan ini untuk cari maklumat atau menimba ilmu pengetahuan dengan bahan bacaan yang telah disediakan di sini. Boleh datang ke sini dengan kawan-kawan membaca atau membuat kerja seperti kerja sekolah dan lain-lain lagi.

Siapa pun boleh datang ke perpustakaan ini, tidak kira tua atau pun muda sebab perpustakaan adalah salah satu tempat yang sesuai untuk menimba ilmu kerana terdapat banyak bahan bacaan. Macam orang selalu cakap banyakkan membaca kerana membaca itu adalah jambatan ilmu. 

Nota :

01. Jangan terlalu bising ketika berada di perpustakaan
02. Jangan buang sampah di dalam atau luar perpustakaan

Waktu operasi :
Isnin - Ahad :
9.00 pagi - 6.00 petang

Cuti Umum :
9.00 pagi - 6.00 petang

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Perpustakaan Cawangan Tanjung Aru di alamat seperti berikut :

Alamat :
Perpustakaan Cawangan Tanjung Aru

Jalan Mat Salleh,
88100, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-748 885
Website : Library Tanjung Aru


Ulasan

Catat Ulasan