Langkau ke kandungan utama

Perpustakaan Negeri Sabah

Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah merupakan Ibu Pejabat bagi semua perpustakaan yang terdapat di Negeri Sabah. Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah terletak di Kota Kinabalu Sabah.

IBU PEJABAT LIBRARY SABAH

Credit Gambar : Wikimedia

Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah Kota Kinabalu telah ditubuhkan pada tahun 1953 dan diletak dibawah pengurusan atau kendalian Jabatan Penyiaran dan Penerangan, namun pada tahun 1968 Perpustakaan Negeri Sabah telah digabungkan dengan Muzium Negeri Sabah yang kemudiannya ditukar nama kepada Jabatan Muzium dan Perpustakaan. Ibu Pejabat PNS ini terletak di Jalan Tun Fuad Stephen iaitu kira-kira 4 km atau 10 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu.

Pada tahun 1972, nama Perpustakaan Negeri Sabah ini sekali lagi ditukarkan kepada Jabatan Perpustakaan dan juga telah dipisahkan dari Jabatan Muzium Sabah. Kemudian pada tahun 1976 Jabatan Perpustakaan dijenamakan semula kepada Perpustakaan Negeri Sabah selepas pentadbiran jabatan ini berada di bawah pengurusan Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah. Kini telah banyak Perpustakaan Cawangan dan Perpustakaan Desa yang telah dibina di seluruah negeri Sabah yang pastikan akan lebih memudahkan penduduk di negeri ini untuk mencari bahan bacaan. 


Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah bertanggungjawab bagi perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan lain seperti Perpustakaan Wilayah, Desa, Cawangan dan Perpustakaan Bergerak di seluruh Sabah. Perpustakaan ini juga adalah bagi kegunaan penduduk di sekitar daerah Kota Kinabalu. Ada banyak kemudahan yang disediakan di perpustakaan ini seperti :
1. Dewan serbaguna
2. Bilik perbincangan
3. Bilik internet
4. Kantin/kedai makan
5. Perpustakaan bergerak
6. Tapak letak kereta
7. Bilik kanak-kanak
8. Bahan bacaan/surat khabar
9. Bahan rujukan dan lain-lain lagi

Oleh itu jangan lupa untuk datang ke perpustakaan ini untuk cari maklumat atau menimba ilmu pengetahuan dengan bahan bacaan yang telah disediakan di sini. Boleh datang ke sini dengan kawan-kawan membaca atau membuat kerja seperti kerja sekolah dan lain-lain lagi.

Siapa pun boleh datang ke perpustakaan ini, tidak kira tua atau pun muda sebab perpustakaan adalah salah satu tempat yang sesuai untuk menimba ilmu kerana di sini terdapat banyak bahan bacaan dan rujukan. Macam orang selalu cakap banyakkan membaca kerana membaca itu adalah jambatan ilmu. 

Nota :
1. Jangan terlalu bising ketika berada di perpustakaan
2. Jangan buang sampah di dalam atau luar perpustakaan

Waktu operasi :
Isnin - Jumaat :
9.00 pagi - 9.00 malam

Sabtu & Ahad :
9.00 pagi - 2.00 petang

Cuti Umum :
Tutup

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah di alamat seperti berikut :

Alamat :
Perpustakaan Negeri Sabah
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya
88300 Kota Kinabalu, Sabah.
Beg Berkunci 2023
Sabah, Malaysia
Tel : +6088-214828 / +6088-231623 / +6088-254493
Faks : +6088-230714
Website : Ibu Pejabat Library Sabah

Ulasan

  1. Perpustakaan berlokasi di Tanjung Aru sangat bising seperti mall dan tidak memberi keselesaan kepada pengguna. Mohon penambahbaikan.

    BalasPadam

Catat Ulasan