Langkau ke kandungan utama

Perpustakaan Wilayah Keningau

Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Keningau merupakan salah satu perpustakaan yang terdapat di Negeri Sabah dan merupakan perpustakaan bagi penduduk di sekitar daerah Keningau Sabah.

PERPUSTAKAAN KENINGAU

Credit Gambar : Wikimedia

Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Keningau adalah salah satu perpustakaan yang terletak di Pedalaman Negeri Sabah iaitu di daerah Keningau. Ia terletak lebih kurang 1.5 km atau kira-kira 3 minit perjalanan sahaja dari Pusat Bandar Keningau. Perpustakaan ini telah ditubuhkan dan dibuka untuk kunjungan orang ramai pada 22 Mei 1995. 

Walaupun ia telah dikunjungi pada bulan Mei namun perasmiannya hanya dilakukan pada 30 Oktober 1995 yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Joseph Kurup yang juga merupakan Timbalan Ketua Mentera dan juga Menteri Pembangunan Industri pada masa itu.


Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Keningau merupakan perpustakaan yang bertanggungjawab ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh Perpustakaan Cawangan Tambunan, Tenom dan juga Nabawan. 
Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Wilayah Keningau ini adalah seperti berikut :
1. Bahan rujukan
2. Bahan bacaan
3. Bahan akhbar
4. Perkhidmatan internet
5. Kantin
6. Dewan serbaguna
7. Lain-lain lagi

Oleh itu jangan lupa untuk datang ke perpustakaan ini untuk cari maklumat atau menimba ilmu pengetahuan dengan bahan bacaan yang telah disediakan di sini. Boleh datang ke sini dengan kawan-kawan membaca atau membuat kerja seperti kerja sekolah dan lain-lain lagi.

Siapa pun boleh datang ke perpustakaan ini, tidak kira tua atau pun muda sebab perpustakaan adalah salah satu tempat yang sesuai untuk menimba ilmu kerana di sini terdapat banyak bahan bacaan dan rujukan. Macam orang selalu cakap banyakkan membaca kerana membaca itu adalah jambatan ilmu. 

Nota :
1. Jangan terlalu bising ketika berada di perpustakaan
2. Jangan buang sampah di dalam atau luar perpustakaan

Waktu operasi :
Isnin :
10.00 pagi - 5.00 petang


Selasa - Jumaat :
9.00 pagi - 5.00 petang


Sabtu & Ahad :
9.00 pagi - 2.00 petang

Cuti Umum :
Tutup


Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Perpustakaan Wilayah Keningau di alamat seperti berikut :

Alamat :
Perpustakaan Wilayah Keningau

Peti Surat 174,
Poskod 89008, Keningau
Sabah, Malaysia.
Tel : +6087-336 096
Website : Library Keningau

Ulasan