Langkau ke kandungan utama

Perpustakaan Wilayah Sandakan

Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Sandakan merupakan salah satu perpustakaan yang terdapat di Pantai Timur Sabah dan perpustakaan bagi penduduk-penduduk di sekitar daerah Sandakan, Sabah.

PERPUSTAKAAN SANDAKAN

Credit Gambar : SdkLib

Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Sandakan merupakan salah sebuah perpustakaan yang terdapat di Negeri Sabah dan terletak di sebelah Pantai Timur Sabah iaitu di daerah Sandakan. Perpustakaan ini terletak kira lebih kurang 1 km atau kira-kira 3 minit perjalanan dari pusat bandar Sandakan dan perpustakaan ini dibina adalah untuk tujuan kegunaan penduduk di sekitar daerah Sandakan.

Perkhidmatan Perpustakaan Wilayah Sandakan mula dibuka secara rasminya untuk kunjungan orang ramai pada 26 April 1993 yang pada masa itu terletak di Bangunan Wisma Sandaraya Sandakan sementara menunggu bangunan baru siap dibina. Bangunan baru Perpustakaan Wilayah Sandakan telah siap dibina pada 21 Disember 1993 dan perasmiannya juga telah disempurnakan oleh YAB Datuk Joseph Pairin Kitingan yang merupakan Ketua Menteri Sabah pada ketika itu.


Kemudian pada bulan Disember 1997 satu lagi perkhidmatan telah ditambah di perpustakaan ini iaitu Perkhidmatan VIP untuk orang cacat penglihatan dengan menggunakan kaedah Visual Audio. Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di Perpustakaan Wilayah Sandakan iaitu seperti :
1. Dewan serbaguna
2. Bilik perbincangan
3. Bilik pandang dengar
4. Kantin/kedai makan
5. Perpustakaan bergerak
6. Tapak letak kereta
7. Bilik kanak-kanak
8. Bahan bacaan/surat khabar
9. Bahan rujukan dan lain-lain lagi

Oleh itu jangan lupa untuk datang ke perpustakaan ini untuk cari maklumat atau menimba ilmu pengetahuan dengan bahan bacaan yang telah disediakan di sini. Boleh datang ke sini dengan kawan-kawan membaca atau membuat kerja seperti kerja sekolah dan lain-lain lagi.

Siapa pun boleh datang ke perpustakaan ini, tidak kira tua atau pun muda sebab perpustakaan adalah salah satu tempat yang sesuai untuk menimba ilmu kerana di sini terdapat banyak bahan bacaan dan rujukan. Macam orang selalu cakap banyakkan membaca kerana membaca itu adalah jambatan ilmu. 

Nota :
1. Jangan terlalu bising ketika berada di perpustakaan
2. Jangan buang sampah di dalam atau luar perpustakaan

Waktu operasi :
Isnin :
10.00 pagi - 6.00 petang

Selasa - Jumaat :
9.00 pagi - 6.00 petang

Sabtu & Ahad :
9.00 pagi - 2.00 petang

Cuti Umum :
Tutup

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Perpustakaan Wilayah Sandakan di alamat seperti berikut :

Alamat :
Perpustakaan Wilayah Sandakan
Peti Surat 1339,
Poskod 90714, Sandakan
Sabah, Malaysia
Tel : +6089-210916 / +6089-210961
Website : Library Sandakan

Ulasan