Pesta Jagung merupakan salah satu pesta tradisi yang terdapat di negeri Sabah. Pesta Jagung adalah pesta tahunan bagi penduduk yang tinggal di dalam daerah Kota Marudu, Sabah.
PESTA JAGUNG
Pesta Jagung merupakan salah satu pesta di Sabah dan pesta ini merupakan pesta tahunan daerah Kota Marudu Sabah yang diadakan bagi menghargai tanaman jagung yang telah lama menjadi salah satu tanaman utama di daerah Kota Marudu ini. Pesta ini juga adalah sebahagian daripada kempen Kerjaan Sabah untuk mengadakan 1 daerah 1 produk.
Pesta Jagung mula diperkenalkan sejak tahun 2001 dan sambutan pesta ini biasanya akan diadakan setiap tahun dalam bulan November yang dijalankan selama 2 hari berturut-turut. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan ketika berlangsungnya pesta ini iaitu seperti :
1. Pertandingan tarik tali
2. Pertandingan Ratu Fesyen berasaskan jagung
3. Pertandingan memasak berasaskan jagung
4. Pertandingan melukis dan membaca
5. Pertandingan kraftangan berasaskan jagung
6. Pertandingan tanglung
Banyak lagi acara lain yang diadakan termasuklah juga pameran-pameran dan persembahan kebudayaan dari masyarakat di Kota Marudu. Ini termasuklah juga beberapa perkhidmatan yang disertai oleh pihak kerjaan dan juga pihak swasta.
Pesta Jagung juga telah dimasukkan dalam Malaysia Book Of Record kerana berjaya memanggang sebanyak 5000 jagung dalam satu masa pada 2009, dan kemudian pada tahun 2010 pula pesta ini telah memecahkan lagi rekod bagi akviti makan jagung serentak paling ramai.
Pada tahun 2015, penjenamaan semula nama Pesta Jagung telah dibuat yang mana nama pesta tersebut telah ditukarkan kepada 'Pesta Kota Marudu'. Ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan lagi daerah Kota Marudu dengan lebih jauh kepada penduduk tempatan dan para pelancong dalam dan luar negara tanpa menekankan nama tanaman semata-mata.

Pesta Jagung atau Pesta Kota Marudu sememangnya telah banyak membantu memperkenalkan lagi daerah Kota Marudu kepada masyarkat tempatan dan antarabangsa.
Ulasan
Catat Ulasan