Pesta Magahau merupakan salah satu pesta yang terdapat di negeri Sabah. Pesta ini merupakan pesta tradisi bagi suku kaum Rungus terutamanya di dalam daerah Kudat, Sabah.
PESTA MAGAHAU
Pesta Magahau merupakan salah satu pesta tradisional yang terdapat di negeri Sabah. Pesta ini adalah pesta tradisi bagi suku kaum Rungus yang telah mula disambut secara rasminya pada tahun 2009 selepas dibentang, dibahaskan, kemudian diputuskan melalui konvensyen Undang-Undang Adat Matunggong 2009. Pembentangan dan perbahasan ini telah dianjurkan oleh Mahkamah Anak Negeri Matunggong yang turut dihadiri oleh pengamal Undang-Undang Anak Rungus seluruh daerah Kudat, Matunggong, Kota Marudu dan Pitas. Semua daerah ini adalah yang mempunyai suku kaum Rungus paling ramai di Sabah.
Pesta ini sebenarnya sudah lama disambut oleh suku kaum Rungus tetapi pada masa dahulu lebih kepada sambutan daripada kalangan ahli keluarga ataupun di satu-satu kampung tertentu saja dan ia juga boleh disambut pada bila-bila masa saja yang bertujuan untuk menunjukkan rasa gembira apabila mendapat rezeki lebih pada masa itu seperti mendapat bekalan makanan yang banyak, hasil tanaman subur dan mengeluarkan hasil dengan banyak, selain itu ia juga disambut apabila kehidupan mereka pada ketika itu lebih aman dan makmur. Sambutan Magahau sebenarnya bukanlah sambutan yang diiringi dengan ritual, namun pada masa dahulu apabila mahu menyambut sesuatu perayaan maka ianya perlu diiringi dengan acara ritual kerana kaum Rungus pada masa itu mempercayai sekiranya ia tidak diiringi dengan ritual mereka akan diganggu dan mendapat malapetaka daripada roh jahat.
Oleh itu pada masa dahulu sekiranya Magahau ini disambut maka tarikh dan masanya perlu disamakan dengan sambutan lain yang mempunyai iringan ritual seperti sambutan Mamapak, Lumuvas dan Mongulok. Pada masa kini, sambutan Pesta Magahau ini dijalankan tanpa ritual kerana telah ramai suku kaum Rungus yang telah memeluk agama seperti Islam dan lain-lain lagi serta tidak terikat dengan kepercayaan yang lama. Oleh itu apabila sambutan pesta ini yang dijalankan oleh Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) maka sambutan Pesta Magahau dan Mamapk akan diurus secara berasingan yang mana Magahau akan diurus oleh SAMORA manakala bagi Mamapak pula ianya akan diuruskan oleh masyarakat Rungus yang masih berpegang pada kepercayaan lama.
Pada masa kini apabila Pesta Magahau dijalankan maka pesta atau perayaan lain suku kaum Rungus boleh turut digabungkan dengan pesta ini. Dengan adanya gabungan perayaan ini maka ianya akan memeriahkan lagi sambutan Magahau. Pada tahun 2016 sambutan Pesta Magahau ini telah mula dibuat di beberapa zon iaitu seperti :
01. Zon Kudat
02. Zon Matunggong
03. Zon Kota Marudu
04. Zon Pitas
05. Zon Beluran
06. Zon Kota Kinabalu
07. Zon Persekutuan.
Ini menjadikan pesta ini menjadi lebih meriah malah kini pesta ini bukan sahaja disambut suku kaum Rungus sahaja tetapi ia juga disambut kaum lain diseluruh Negeri Sabah juga turut sama menyambut dan memeriahkannya.
Terdapat juga beberapa acara atau aktiviti yang dijalankan ketika pesta ini berlangsung iaitu seperti
01. Anugerah khas
02. Pertandingan monurizak (nyanyi dalam bahasa Rungus)
03. Momogun model of the year
04. Momogun emerging model of the year
05. Special award of the year
06. Momogun best catwalk of the year
07. Momogun designer of the year
08. Momogun best dress of the year
09. Momogun best muah of the year
10. Dan lain-lain lagi
Dengan adanya pesta ini juga ianya dapat mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat kaum Rungus sekaligus dapat memperkasakan lagi budaya etnik kaum Rungus dan dapat dipromosikan kepada pelancong dari dalam mahupun luar negara yang datang ke Negeri Sabah.

Ulasan
Catat Ulasan