Pesta Rumbia merupakan salah satu pesta tradisional di Sabah. Pesta Rumbia juga adalah pesta tahunan yang disambut oleh penduduk daerah Kota Penyu Sabah bagi menghargai Pokok Rumbia.
PESTA RUMBIA
Pesta Rumbia merupakan salah satu pesta yang terdapat di Sabah. Pesta ini disambut setiap tahun di daerah Kuala Penyu Sabah. Pesta ini diperkenalkan bagi menghargai Pokok Rumbia yang merupakan salah satu tanaman utama bagi daerah Kuala Penyu dan memainkan peranan penting keatas peningkatan sosio-ekonomi penduduk di daerah Kuala Penyu.
Pesta ini biasanya dibuat pada minggu pertama bulan Julai setiap tahun, dan terdapat pelbagai akviti yang dijalankan ketika sambutan Pesta Rumbia dan antaranya adalah seperti membuat sagu dari pokok rumbia, pertandingan Ratu Rumbia dan beberapa acara sukan tradisional Sabah oleh penduduk di daerah Kuala Penyu.
Pengunjung yang datang bersama meraikan Pesta Rumbia ini juga berpeluang untuk merasai salah satu makanan tradisional suku kaum Melayu-Brunei di Sabah yang cukup terkenal iaitu 'Ambuyat' dan anda juga akan dapat melihat cara-cara bagaimana sagu dihasilkan daripada Pokok Rumbia.

Sambutan Pesta Rumbia bukan sahaja dapat memperkenalkan daerah Kuala Penyu, namun ia juga dapat memperkenalkan beberapa makanan tradisional masyarakat Sabah seperti 'Ambuyat' kepada semua pelancong tidak kira dari dalam mahu pun dari luar negara.
Ulasan
Catat Ulasan